....

.

.
.


SINGAPURA, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Singapura bercadang untuk membangunkan semula perkampungan Melayu di Geylang sebagai pusat sivik baru dan plaza, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Katanya rancangan pembangunan semula itu akan dilakukan selepas tempoh pajakan perkampungan Melayu itu berakhir bulan depan.

"Pusat sivik itu dinamakan sebagai Wisma Geylang Serai. Ia akan menempatkan Pusat Sivik Geylang Serai dan sebuah galeri warisan bagi mengingatkan kita Geylang Serai yang lama," katanya semasa berucap pada perhimpunan Hari Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) di sini.

Lee berkata masyarakat Melayu mempunyai sentimen kuat terhadap Geylang yang membawa kenangan manis kepada generasi lama yang tinggal dan membesar di kawasan itu.

Katanya kawasan persekitaran di situ akan dibangunkan dengan seni bina Melayu khususnya Geyland Road dengan mengekalkan sentuhan dan keunikan masyarakat itu.

Katanya Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pembangunan Negara, Dr Mohamad Maliki Osman akan menyelia keseluruhan projek pembangunan semula perkampungan Melayu itu.


-- BERNAMA

Categories: