....

.

.
.


Kuala Lumpur: Tanggal rasmi 15hb Ogos 2011 menjadi sejarah bagi Azom Global Networks apabila blog berita secara online dilancarkan secara rasmi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azhar Omar , blog berita ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada peminat setia akhbar Media Terkini dari seluruh dunia terutama di Singapura, Brunei dan Indonesia dapat mengikuti berita-berita yang disiarkan menerusi akhbar tabloid secara maya.

"Kami menerima begitu banyak permintaan dari kalangan pembaca setia akhbar kami agar diwujudkan satu laman web agar berita serta artikel yang disiarkan menerusi akhbar kami dapat diikuti menerusi internet," ujarnya.

Buat permulaan, kata Azhar, pihak syarikat menugaskan lima orang pemberitanya untuk mencari bahan berita seiring berita di akhbar Media Terkini.

"Buat permulaan, kami cuma melantik lima orang pemberita . Kesemua berita nanti akan turut dipetik dari akhbar-akhbar dan sumber berita yang lain seperti Bernama, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan banyak lagi. Malah berita yang sesuai juga akan dipetik dari blog-blog yang berkaitan," terang Azhar lagi.

Beliau seterusnya mengharapkan agar kalangan penjenguk internet dapat memberi sokongan terhadap blog berita terbaru ini agar dapat menjadi salah satu lagi sumber berita yang popular.

Categories: