ALOR GAJAH - Tindakan mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma bukanlah perkara baru di negeri ini, namun masalah berkenaan nampak tiada jalan penyelesaian apabila ia masih terus berlaku.
Biarpun di bul an Ramadan, kanak-kanak terbabit yang dipercayai dari sebuah sekolah agama di utara tanahair masih kelihatan menagih simpati mengutip derma menerusi penjualan pelbagai barangan di tempat tumpuan ramai.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kegiatan itu tetap berlaku di bulan Ramadan apabila kanak-kanak terbabit dikesan berlegar di hadapan pintu masuk bank, di stesen pam minyak, kedai makan dan pasar raya.
Ketika ditemui, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Adawiyah, 11, berkata, dia sudah melakukan kerja berkenaan sejak hampir tiga tahun lalu.
Kanak-kanak yang mengaku datang dari utara tanahair itu mendakwa mereka datang ke daerah ini bukan meminta sedekah, sebaliknya mengutip derma bagi mengisi tabung sekolah agamanya.
“Saya lakukan atas dasar sukarela dan bukannya atas paksaan seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya.
Malah, katanya, guru yang mengarahkan dia menjual video cakera padat (VCD) dan minyak pintar itu turut mengajar bagaimana cara untuk melariskan jualan.
“Setiap seorang daripada kami mampu mengutip sekitar RM300 ke RM500 sehari bergantung pada tempat dan keadaan. Jumlah kutipan disasarkan di sembilan sektor dalam setiap daerah.
“Setiap sektor ditempatkan seorang remaja perempuan atau lelaki yang akan di pantau seorang ustaz yang sentiasa memerhatikan gerak geri kami dari dalam kereta agar aktiviti yang kami jalankan berjalan lancar seperti dirancang.
“Hasil jualan barangan diserahkan sepenuhnya kepada ustaz yang menjaga kami. Selepas dikumpulkan, barulah ustaz menyerahkan hasil kutipan kepada pengetua markas dan ia disimpan sebagai dana markas tempat kami semua menumpang teduh,” katanya yang memberitahu dibayar RM10 ke RM15 sehari untuk kerja berkenaan.
Adawiyah berkata, mereka juga akan diberikan taklimat sebelum bergerak ke lokasi sasaran menggunakan van atau kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Kami hanya diminta memilih pelanggan berduit dan yang mudah dipengaruhi saja.
“Kalau setakat maki hamun, kena halau, kena ludah rasanya dah jadi perkara biasa. Tapi, ada juga ramai yang kasihan hulur duit dan nasihatkan kami agar jaga diri elok-elok.” katanya yang sempat berbuka puasa dengan sekotak air soya serta sebungkus roti.-sinar harian

Categories: