....

.

.
.


SABAH.  Semua lapisan masyarakat hairan mengapa terlalu ramai wanita seksi berkeliaran tiap hari dicelah lorong bangunan kedai dari pagi hingga tengah malam tanpa dilihat apa pekerjaan mereka sebenar namun kehidupan mereka mewah bagai bergaji RM6,000 keatas dalam sebulan, selain dari itu kadangkala kelibat 2 hingga 4 lelaki bagai orang asing berdasarkan loghat bahasa  memantau pergerakan wanita terlibat sering mendapat sampul surat dari kumpulan wanita berkenaan khususnya menjelang malam tanpa dikesan apa isi kandungn sampul surat berkenaan setiap minggu.
Kumpulan wanita berkenaan juga sentiasa bertukar ganti setiap minggu bagai jadual bertukar tempat tugas dalam setiap daerah dinegeri ini namun tidak siapapun mencurigai kumpulan terlibat sejak berpuluh tahun yang lalu umpama pihak berkuasa tempatan terlepas pandang , sumber maklumat penghuni kota yang mendedahkan kegiatan wanita seksi berkeliaran dipelusuk daerah adalah berkerja dalam pelacoran bagi lelaki pelanggan seks dengan harga RM50.00 hingga RM450.00 mengikut tempahan yang melanggani pelacor tua sedarhana atau remaja muda. Tidak ada seorangpun dari penghuni kota mampu mengetahui berapa purata pelanggan wanita berkenaan dalam sehari memandangkan mereka sentiasa mendapat kawalan Bapa Ayam lelaki warga asing bermuka bengis
dan kaki pukul tidak berperikemanusiaan, keberanian Bapa Ayam juga menggalak kumpulan pelacor lebih berani berkeliaran bagi mencari pelanggan walau dimana juga berada asalkan ada pelanggan seks tegar memperhambakan diri bagi mendapat layanan luar biasa dari kumpulan pelacor. Kumpulan pelacor dalam negeri ini juga terdiri dari pelbagai suku kaum dan berbilang ragam apa tak lagi jika menghadapi pelbagai tekanan pihak berkuasa bagi mendapat pembebasan diri sehingga menggunakan helah dilacurkan pihak tertentu yang menjadi orang tengah, namun semua helah seumpama tidak masuk akal memandangkan pelacor sentiasa berpindah tempat sesuka hati tanpa kekangan pihak tertentu melainkan pelacor sendiri meminta khidmat penjagaan dari Bapa Ayam setiap hari agar pelanggan tidak menjatuhkan harga yang dipersetujui bersama.
Sehubungan dengan pendedahan ini semuaj pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan setiap hari segala kegiatan pelacor bebas berkeliaran dipelusuk daerah melibatkan penjaga Bapa Ayam berkumpulan, malah kerjasama semua lapisan masyarakat anak watan Sabah juga amat penting terutama pihak berwajib memberi saguhati terhadap individu yang berjaya membongkar aktiviti kumpulan pelacor atau Ibu dan Bapa Ayam.
Gambar Rakaman Jopis Anak Lagau

Categories: