KOTA BELUD. Pemilihan Jawatankuasa PBS Bahagian DUN Kadamaian memberi cabaran hebat sehingga ada beberapa kumpulan calon tidak senang duduk bersama orang orang kanan mereka menjelang awal pagi musim pemilihan sekitar pekan Kota Belud apa tak lagi pelbagai maklumat dimainkan oleh laman maya tanpa sempadan, bayangkan lah jika terdapat laporan laman maya memaklumkan terdapat beberapa kumpulan calon ditaja oleh pemimpin UMNO dalam pelbagai aspek dimana perwakilan PBS setempat akan tolak namun tak ada seorang pemimpin kanan UMNO kelihatan berkempen bersama calon calon yang bertanding. Maklumat maklumat seumpama dimainkan menjelang proses pengundian dijalankan supaya ada perwakilan terpedaya bagi memberi undi kepada calon yang memiliki agenda kepentingan peribadi dan bukan kepentingan parti dan kerajaan amnya rakyat jelata Sabah dan Malaysia amnya, jika para perwakilan akan terpedaya dengan laman maya yang tidak memiliki sumber yang sahi maka PBS bahagian Kadamaian akan dipimpin oleh orang atas pagar tanpa kekuatan merampas Kerusi DUN tersebut dari cengkaman penyokong parti pembangkang yang belum mengistihar diri mereka menyokong kerajaan sehingga kini. Demikian pendedahan beberapa pengamal politik veteran kawasan parlimen Kota Belud semasa menemui Media Terkini online yang membuat tinjauan menerusi skuad khas awal pagi 16 Oktober 2015 tanpa menemui semua calon yang bertanding, malah bagi tokoh tokoh politik veteran parlimen Kota Belud pula meramalkan ketelusan dan keprihatinan serta kebertanggongjawaban terhadap masyarakat telah dikuasai oleh Daimin
Sulukan seorang calon ketua bahagian PBS Bahagian Kadamaian ujar mereka. Oleh Jopis Anak Lagau Mohon disiar dalam mt online hari ini 16 Oktober 2015 sebaik sebelum jam 12.00 tengahari
Categories: