....

.

.
.

 KOTA BELUD. Semua yang bertanding Ketua Bahagian PBS Dun Kadamaian merasa panas bahangnya apabila berlaku pertembungan calon 4 ketua bahagian dimana masing masing mempamerkan kebolehan pada ahli ahli PBS dalam DUN Kadamaian, hanya ahli ahli Parti Bersatu Sabah (PBS)yang telus dalam perjuangan sahaja mampu membentuk pemimpin bahagian yang hebat serta disokong semua rakyat serta para pemimpin parti kompenen BN negeri mahupun pusat amnya. Kekuatan setakat sokongan beberapa perwakilan diperingkat cawangan tidak akan menyerlah jika seluruh rakyat dan pemimpin yang menyokong parti kompenen BN tidak meminati perwatakan calon yang menang diundi para perwakilan tidak popular, tidak hairan lah jika ada keperluan semua perwakilan cawangan DUN Kadamaian memastikan Ketua Bahagian PBS yang dipilih perlu memiliki kesetiaan keberanian dan komited berjuang bersama semua rakan BN serta rakyat jelata.
Calon Ketua PBS Bahagian Kadamaian yang bertanding ialah PPM Daimin Sulukan 9 Pencalonan, Dimis Rumanti 13 Pencalonan, James Muyau 8 Pencalonan dan Dr. Johsua Biting 4 Pencalonan dimana jangkaan Mesyuarat Agong Pemilihan ialah 16 Oktober 2015 akan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Presiden Parti Bersatu Sabah dijadual bermula jam 10.00 pagi bagi menentukan siapa yang menerajui kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian.
Menurut sumber ahli ahli PBS DUN Kadamaian dalam cakap cakap ahli ahli PBS keseluruhan PPM Daimln Sulukan masih diperlukan sebagai Ketua PBS Bahagian Kadamaian menggantikan Datuk Herbert Timbun Lagadan demi menebus kekalahan Kadamaian pada PRU 13 lalu, keputusan peneraju PBS Kadamaian akan diperolehi pada 16 Oktober 2015 antara kemampuan calon calon Ketua Bahagian yang bertanding bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi PRU ke 14 di DUN Kadamaian.

Categories: