Kota Belud. Pertandingan Ketua PBS Bahagian N. 7 Kadamaian Sengit dengan 4 calon bertanding bagi menerajui perjuangan PBS pada pru ke 14 akan datang selepas PBS tewas pada pru ke13 yang lalu ditangan parti keadilan rakyat PKR YB Uku Jeremy Malajad kini menyertai Parti PBRS, ahli PBS diperingkat cawangan DUN Kadamaian perlu bijak memilih Peneraju Ketua Bahagian jika mahukan pemimpin mereka yang berjiwa rakyat dan dihormati seluruh pemimpin tertinggi kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya disamping kesungguhan bersama orang kampung tanpa mengira masa siang atau malam menemui rakyat jelata.
PPM KADAMAIAN Daimin Sulukan yang mendapat sokongan ahli PBS dan rakyat penyokong parti kompenen BN Kadamaian dan Parlimen Kota Belud yakin boleh memulih sokongan rakyat Kadamaian jika diberi mandat oleh semua perwakilan demi masa depan PBS kawasan tersebut, selain dari itu semua pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan amnya serasi dalam apa juga pertemuan dengan Daimin Sulukan yang pernah menjadi Setiausaha PBS Bahagian Kadamaian hampir 20 tahun yang lalu walaupun menempuh pelbagai cabaran getir namun tidak pernah menghianati parti PBS jelas warga Kadamaian. Media Terkini yang memerhati pembukaan pencalonan pertandingan Ketua Bahagian PBS Kadamaian yang diketuai Datuk Jahid Jahem dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman merangkap Timbalan Presiden PBS dimaklumkan ahli ahli PBS bahawa Daimin Sulukan layak diberi sokongan, apapun keputusan pemilihan ketua Bahagian PBS N. 7 Kadamaian hanya bergantung kepada seluruh perwakilan PBS dalam mesyuarat bahagian dijangka pertengahan bulan Oktober 2015 akan datang asalkan tidak berlaku kekilafan dikalangan perwakilan yang melakukan pengundian ujar ahli ahli PBS Kadamaian. Oleh Arman Karim
Gambar. Datuk Jahed Jahem dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman menerima surat penerimaan pencalonan dari PPM Daimin Sulukan
Categories: