....

.

.
.

    KOTA KINABALU.  Pengambilan Security Guard tangkap muat meragukan   mengakibatkan pendatang asing bebas berkeliaran berlindung dalam bangunan yang dikawal oleh Security Guard diragui kerakyatan mereka, malah ada juga dikalangan mereka (Security Guard) meragukan bagai sengaja membiarkan orang asing berkeliaran terutama dalam bangunan yang mereka buat kawalan setiap hari sehingga menakutkan setiap pengunjung setempat. Sebilangan syarikat pengguna Security Guard kawasan Kota Kinabalu serta  kawasan berdekatan pula lebih gemar mengambil pekerja Security Guard dikalangan orang meragukan agar dapat keuntungan kewangan berganda dari Security Guard bawahan mereka, selain dari itu para pengurus bangunan yang memilih anggota Security Guard bertugas dalam gedung mereka enggan menerima bekas bekas Tentera yang berusaha mencari kerja bersesuaian pengalaman mereka. Dalam tinjauan Media Terkini bersama bekas bekas Tentera yang membongkar kegiatan pengambilan Security Guard dikalangan orang yang diragui cukup memalukan, malah golongan Pengurus orang tempatan Sabah juga bagai menghormati orang asing menjadi Security Guard berbanding bekas Tentera atau orang   rakyat asli Malaysia semata mata demi kepentingan peribadi tanpa dipantau pihak kerajaan negeri.  
Oleh. Jasly Dol

Categories: