....

.

.
.


SABAH. Dalam menghadapi cabaran kemelut politik negara tidak menentu masa kini semua rakan dalam UMNO dan kompenen BN perlu bersatu mencurah bakti pada rakyat dalam kawasan tanggungjawab masing masing, sikap menghalang kakitangan bawahan dari menghadiri program rakan seperjuangan adalah perbuatan orang yang bukan sehati sejiwa dan mirip fahaman politik sempit parti pihak lawan tanpa penghujung. Semua pemimpin dan ahli ahli parti UMNO diperingkat Parlimen Sepanggar perlu sepakat dalam memperkasakan sokongan rakyat dan bukan memecahbelahkan ahli ahli UMNO, ugutan memecat jawatan kepada pemimpin yang bersama seorang ahli Parlimen mendampingi rakyat jelata oleh seorang bergelar Menteri dan ADUN merupakan tidak masuk akal, semua penjawat dalam pejabat UPPM termasuk KETUA KAMPUNG dan JKKK jika diberhentikan perlu ada bukti kesalahan dan bukan berdasarkan menyertai program Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.    
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata demikian semasa menagihkan Korban Perdana Kerbau dan Lembu berjumlah 30 ekor bagi 29 buah Masjid dan Surau diperkarangan Masjid Alkauther Kg. Lindung Karambunei 20 Sept 2015, sungguh pun digantung jawatan Ketua Umno 3 tahun namun jawatan MP Sepanggar berserta keahlian UMNO masih sah dan boleh meneruskan kerjaya MP Sepanggar ujar beliau. Beliau juga telah diminta menandatangani surat aku janji tidak menukar perjuangan parti politik di Kuala Lumpur baru baru oleh pemimpin UMNO pusat, maka dengan ini semua Ahli UMNO Sepanggar tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu memperkukuh kekuatan BN Sepanggar dan bukan berbelah sesama sendiri semata mata kepentingan peribadi dan kroni kecil tegasnya. Pada majlis tersebut semua pemimpin Ketua Kampung JKKK dan Imam Masjid serta Surau dalam kawasan Parlimen Sepanggar yang hadir meluahkan sokongan terhadap Datuk Jumat Idris MP mereka, harapan mereka  (rakyat) MP Sepanggar agar semua pemimpin dan ahli ahli UMNO mahupun kompenen BN agar semua mampu bersatu dan menjauhi permusuhan akibat kepentingan peribadi ujar warga Sepanggar.

Categories: