Seorang pendakwah mendakwa terdapat kalangan ustaz-ustaz dari Parti PAS yang sukar menerima teguran atau kritikan. Polemik ini mula diperkatakan oleh semua orang semenjak Parti PAS bergolak dan tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN) . Malah mula kedengaran kes-kes di mana para pendakwah dari PAN dilarang menyampaikan ceramah atau tazkirah di masjid-masjid tertentu. Keadaan ini dikatakan semakin menular di kalangan ahli-ahli yang lain. Ikuti pengakuan dari seorang pendakwah berkaitan perangai pemimpin PAS yang melenting bila ditegur:
"Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.
Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:
"Sangat pedih, tetapi kena ikut".
Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.
Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan dari sebahagian pimpinan dan pengikut PAS:
Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka. Permusuhan sebahagian mereka dengan saya jelas apabila saya dipulaukan walaupun dahulunya sahabat baik hanya kerana sebuah nasihat! Ada juga yang label saya sebagai insan yang memburukkan wajah Islam.
Saya termenung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita. Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA. Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini. Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor atau Ust Khairul Azmi dari Pahang untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin dan isu berkaiatan dengannya yang menjadi polemik antara saya dan anda.
Akhukum fillah"
-
Dr. Rozaimi Ramle-
Categories: