....

.

.
.

Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia (Luar Biasa)  Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor  lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya, kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Categories: