Posted by azom2u.net on
-
Kota Belud.(SABAH) Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Kadamaian masih dalam di
lema menentukan pemimpin mereka diperingkat bahagian tersebut, malah kepimpinan PBS DUN Kadamaian tidak boleh memandang ringan memilih teraju Ketua Bahagian PBS jika mahu memulihkan sokongan rakyat setempat menjelang PRU ke14 akan datang. Kepimpinan PBS DUN Kadamaian juga memerlukan Ketua Bahagian yang berperikemanusiaan berwawasan dan memiliki intergriti dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seimbang keupayaan para pemimpin tertinggi kerajaan. Dalam tinjauan Media Terkini OnLine ramai ahli ahli PBS mengakui Daimin Sulukan sesuai dipilih menjawat Ketua Bahagian PBS DUN Kadamaian, ada juga warga Sabah mengakui semua kerusi PBS yang ditawan parti pembangkang PRU ke 13 wajib ditebus semula oleh pemimpin berpengalaman dan mesra rakyat pada PRU ke 14 akan datang. By. Arman Karim
Categories: