....

.

.
.


Sabah. Bertahun dalam hutan sempadan Sabah dan Kalimantan Indonesia sebagai mengukur tanah persempadanan banyak memberi pengajaran dalam meniti kehidupan agar menghormati semua lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan, malah dalam apa juga kerjaya dan perniagaan adalah usaha murni mencari kewangan sebagai nafkah kehidupan bersama keluarga dan perlu difahami semua lapisan generasi hari ini agar tidak tersasar mencaci orang yang tidak bersalah. Pengalaman
sesetengah orang yang pernah dipermainkan individu berjawatan sederhana sanggup memperdaya individu yang memain pelan urus niaga demi sumber pendapatan halal tanpa merugikan orang yang menceburinya, sumber maklumat  juga mendakwa golongan individu terlibat juga dipercayai bekas pegawai kerajaan berjawatan nombor 3 diperingkat DUN ghairah mempermainkan jemputan kosong kepada beberapa agent perniagaan pengiklanan dalam negeri ini semata mata menunjuk keangkuhan diri mereka kepada orang menceburi bidang perniagaan tempatan. Perbuatan seumpama bagai belum menikmati kepayahan hidup dihutan belantara dan adalah baik golongan terlibat muhasabah diri menghormati orang lain sebelum menjalani hidup dalam hutan dan bukan menindas jiran sekeliling yang berjiwa luhur, tidak hairan lah individu yang terlibat  mempermainkan rakan sekeliling terutama penduduk asli Sabah walaupun jiran yang terpaksa sesakali menyepi diri bagai duduk dihutan belantara dalam kegelapan tanpa teman berbual, semua ini perlu dihayati semua pegawai dan pesara kerajaan agar lebih bertoleran pada semua orang dan bukan mempermainkan rakan sekeliling dengan jemputan kosong buang wang dan tenaga tanpa diberi pembayaran saguhati  sekurang kurangnya demi gantirugi kerjaya yang tertinggal. Pendedahan Mohd. Latip @ Tinsung Taysan bekas pegawai juruukur tanah negeri Sabah semasa penyukatan sempadan Sabah dengan Kalimantan Indonesia era 70 an dengan penuh kesabaran, jika masyarakat hari ini terus dengan sikap menindas rakan rakan tidak bersalah alamat gologan terlibat akan diperalat orang yang ambil kesempatan dengan kelalaian diri mereka sendiri jelas beliau. PENGALAMAN MENGUKUR TANAH SEMPADAN DUA NEGARA DALAM HUTAN BELANTARA MEMBAWA PELBAGAI PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN LUAR BIASA UNTUK MEMBINA JATI DIRI JIKA ADA MASYARAKAT SEKELILING INGIN SAMA BERKONGSI SEGALA PENGALAMAN YANG DIALAMI SEPANJANG PERKHIDMATAN  TEGAS BELIAU. Gambar Pakaian Juru Ukur Khas Sempadan Sabah Kalimantan Indonesia Era 70 An. Oleh. Jopis Anak Lagau


Categories: