....

.

.
.


Kota Belud. Setelah berkhidmat lebih sepuluh tahun sebagai Ketua Pegawai Keselamatan di Semananjung Malaysia berpindah pelbagai tempat baru lah wujud keinsafan dan ketakwaan dalam agama Islam walaupun mewarisi agama Allah swt bermula sejak awal tahun 1995 lagi, cabaran dalam memantau anggota pengawal pengawal keselamatan dengan jumlah yang ramai bukan muda seperti pandangan mata kasar apa tak lagi pelbagai etnik pasti memerlukan kesabaran ketegasan dan utama sekali keberanian dalam tata perintah arah  tugas berdisiplin.    
Sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kesalamatan pelbagai pengalaman pahit dan manis telah ditempuhi dengan semangat kental serta banyak memberi keinsafan dan kembali kepada ajaran Allah swt agar mampu memberi contoh terhadap masyarakat sekeliling, malah melihat kedudukan umat Islam hari ini terlalu sukar untuk dihuraikan dengan kata kata melainkan sekadar diperhatikan setiap hari termasuk lah kedudukan para pengawal keselamatan dari beberapa firma keselamatan amat memilukan berbanding di Semananjung Malaysia.
Dalam kemelut serupa adalah menjadi impian menyatupadukan golongan mualaf yang terus terabai walaupun pelbagai NGO mewakili golongan tersebut namun tidak jelas pembelaan keseluruhan, demikian juga dengan beberapa firma keselamatan yang tidak mengutamakan bekas bekas tentera dan bekas polis harus ditegak demi nama baik pasukan keselamatan agar semua pengguna kawalan keselamatan berpuas hati tanpa rungutan setiap masa.
Mr. Serikun @ Rizal Singkutong berkata demikian sebagai menjelaskan segala pemerhatian beliau situasi yang berlaku dipelusuk negeri ini sejak awal tahun 2015 dimana perlu dikongsi oleh seluruh warganegara dan bumiputera negara ini, semua kemelut yang berlaku boleh diselesaikan jika rakyat warganegara dan bumiputera Malaysia bersatu memulih keadaan dalam negara merdeka tanpa diperdaya kuasa orang luar ujarnya.
Beliau juga sedang berusaha membentuk satu kesatuan yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan supaya bebas bergerak menyatupadukan bumiputera dan warganegara agar tidak tertindas dengan warga asing dalam pelbagai kemudahan kerajaan, semua rancangan terbaik untuk masa depan  bumiputera dan warganegara Sabah  tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak apa tak lagi merangka peluang kawalan keselamatan dari orang berkelayakan sahaja termasuk lah semua kedudukan mualaf agar dihormati semua kaum seagama jelasnya. Mr. Serikun@Rijal Singkutong yakin semua rancangan terbaik bagi memastikan bumiputera dan warganegara tulen dalam negeri ini pasti memberi sokongan jika dirancang penuh ketelitian tanpa melangkah separuh jalan, ilham perancangan serupa merupakan iltizam  tersemat pada seorang mualaf demi membentuk perpaduan generasi bumiputera dan warganegara tulen demi kemajuan pembangunan dan ekonomi mereka dalam jangkamasa panjang. SEMUA PENDEDAHAN INI SEKADAR PANDUAN KESEDARAN PENDUDUK TULEN SABAHAN SEJAJAR MEREBUT PELUANG PEMBANGUNAN DAN EKONOMI DALAM NEGARA, TIDAK ADA UNSUR MENGAIBKAN MANA MANA PIHAK KEATAS SEGALA PENDEDAHAN YANG DIUTARAKAN MELAINKAN MEMBERI JALAN KEBAIKAN ORANG SABAH. Oleh Jopis Anak Lagau

Categories: