....

.

.
.


TUARAN. Misi menawan Kerusi DUN Tamparuli merupakan agenda utama para pemimpin baru PBS berhadapan parti pembangkang pimpinan YB. Datuk Welfred Mojilip Bumburing Wakil Rakyat kawasan tersebut menjelang PRU ke14 akan datang,  malah pemimpin baru PBS Kawasan DUN Tamparuli juga sedang meyakini  rakyat jelata agenda utama dalam pembaharuan  politik mereka agar tidak ada keciciran dalam pelbagai kemudahan yang disalur pemimpin kerajaan terhadap pelbagai lapisan masyarakat  setempat. Para pemimpin muda PBS Tamparuli juga sedang aktif memberi penerapan usaha murni kerajaan BN kawasan setempat demi kefahaman rakyat agar memahami konsep  kepimpinan kerajaan menjelang PRU ke14 akan datang, malah rakyat jelata setempat juga perlu memahami konsep parti kompenan BN yang mantap berbanding semua parti pembangkang yang masih berbeza fahaman politik apa tak lagi tekad membela rakyat termiskin kawasan Tamparuli. Cabaran para pemimpin baru PBS Bahagian Tamparuli yang giat diperbaiki golongan generasi muda khususnya dalam penyampaian maklumat masa kini dengan pelbagai kecanggihan maklumat, sehingga  kini gerak kerja PBS Tamparuli masih terus aktif atas gandingan Datuk Jahid jahem Ketua Bahagian PBS berserta En. Madin Anak Timbalan Ketua Bahagian PBS Tamparuli serta beberapa pemimpin muda PBS setempat tanpa noktanya,
Semoga dengan pendedahan ini Pemimpin baru PBS kawasan Tamparul dapat membantu rakyat berbilang kaum sekitar DUN Tamparuli agar PBS mampu mengembalikan sokongan rakyat pada PRU ke 14 akan datang.  Gambar. Madin Anak bersama para pemimpin muda PBS DUN Tamparuli  Oleh. Arman Karim

Read More ...

Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej perempuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis dlln), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.

Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".

10 min kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka contohnya hazard light, atau telefon talian 112.

Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.
Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada.
Gambar hiasan saja
Read More ...

  KOTA KINABALU. Perjudian Teka Teki VAHUI terlalu berani akibat terlalu ramai pelanggan  dan pelindung mereka dalam negeri ini apa tak lagi jika penganjur permainan tersebut memberi imbuhan kepada setiap pelindung mereka tanpa berkerja,  tidak kurang juga dikalangan penganjur permainan tersebut bagai tidak takut pihak berkuasa sehingga berani mempamerkan soalan serta jawapan didinding bangunan Kedai walaupun disiang hari tanpa segan pihak berkuasa tempatan.  Kegiatan seumpama bukan perkara baru malah dilakukan bertahun lamanya yang menjadi tumpuan kaki judi lelaki dan wanita tanpa mengira usia dan pegangan agama, tidak hairan lah jika penganjur judi berkenaan mampu meraih keuntungan puluhan ribu seminggu dalam satu daerah dan jutaan ringgit bagi seluruh Sabah mengikut jumlah banyak rangkaian.
Luahan beberapa suri rumah kepada Media Terkini bagi mendedahkan kegiatan suami mereka yang kerap terjebak kepada perjudian tersebut 4 kali sehari hingga wang dapur lesap digunakan, malah ada juga suami yang mendakwa isteri mereka pula kerap minta wang dapur setiap keluar rumah namun bila balik rumah barangan dapur tidak kelihatan jumlah sebenar yang dibeli ujar mereka. Gambar. Soalan dan Jawapan VAHUI bertampal didinding bangunan Kedai Menggatal.  Oleh. Jasly Dol
Read More ...

Sekalong Ucapan Takziah Keatas  Mendiang Datuk Buja Gumbilai Yang Meninggal Dunia 25 Oktober 2015. Semoga Tuhan Menempatkan Ditempat Orang Beriman. Buat Seluruh Keluarga Mendiang Tabahkan Hati Diatas Segala Takdir Tuhan Kita Semua Agar Dapat Meneruskan Kehidupan Seperti Biasa Dan Moga Kita Semua Dipanjangkan Usia Bersama Keluarga. Daripada,1. Datuk Steven Beliku 2. Haji Ghulabdin Enjih 3. Linos Lumbog 4. Tinsong @ Mohd. Latip Taysan

Read More ...

Sekalong Ucapan Takziah Keatas  Mendiang Datuk Buja Gumbilai Yang Meninggal Dunia 25 Oktober 2015. Semoga Tuhan Menempatkan Ditempat Orang Beriman. Buat Seluruh Keluarga Mendiang Tabahkan Hati Diatas Segala Takdir Tuhan Kita Semua Agar Dapat Meneruskan Kehidupan Seperti Biasa Dan Moga Kita Semua Dipanjangkan Usia Bersama Keluarga. Daripada, Mr. Freddie Bin Migiu Serta Keluarga Penampang Sabah

Read More ...


Sabah. BN Perlu memberi kepercayaan terhadap UMNO bagi menawan semula kerusi Parlimen Penampang yang kini ditangan Pakatan Rakyat namun jauh ketinggalan aspek pembangunan serta ekonomi rakyat luar bandar, selain dari itu dalam zaman kemajuan masa kini bercakap kosong tanpa disertai kewangan tidak akan membantu rakyat luar bandar dalam merubah kehidupan mereka seharian apa tak lagi dalam memberi pendidikan anak anak diperingkat tertinggi.  
Kepimpinan UMNO Parlimen Penampang oleh Datuk John Ambrose Merangkap Ketua Bahagian UMNO setempat mampu bertanding dengan siapapun calon parti Pakatan Rakyat asalkan seluruh warga pengundi Penampang terus memberi sokongan, penduduk parlimen Penampang juga amat yakin jika Calon dari UMNO dipilih pada PRU ke14 akan datang sudah pasti Kerusi Parlimen setempat akan menjadi milek UMNO termasuk lah DUN sekitar demi masa depan penduduk kawasan Parlimen Penampang.
Penduduk Penampang juga melihat kekuatan beberapa pemimpin parti Kompenan BN setempat (bukan UMNO) mula berkurangan akibat kurangnya suntikan modal pembangunan ekonomi rakyat tempatan, tidak hairan lah jika semua parti kompenen BN bukan UMNO tewas dengan parti pembangkang pada PRU ke13 yang lepas akibat  kekeciwaan sebilangan rakyat yang terabai dalam pelbagai bantuan kerajaan. Freddie Migiu berkata demikian dalam pertemuan Media Terkini Online sebagai mengusul kepentingan BN bagi menebus semula kerusi parlimen dan dun yang ditawan pembangkang PRU 13, beliau yang menyertai umno lebih 10 tahun lalu memuji perjuangan umno tak pilih bangsa dan agama terutama dalam kawasan Penampang dimana siapapun rakyat akan terus dibela secara berperingkat terangnya. BELIAU BERHARAP AGAR SUARA PENGUNDI PARLIMEN PENAMPANG DIUTAMAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT DIBAWAH NAUNGAN UMNO MALAYSIA KATANYA. 
Mohon diutamakan berita ini
Read More ...


KOTA BELUD. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kadamaian Daimin Sulukan akan meneruskan tugas membela pelbagai lapisan rakyat menerusi jawatan PPM yang dipertanggongjawab oleh kerajaan negeri walaupun tewas dalam pemilihan empat penjuru jawatan Ketua PBS Bahagian Kadamaian 16 Oktober 2015, selepas pemilihan PBS bahagian Kadamaian berlalu kini tugas utama PPM adalah mengembalikan semula sokongan rakyat berbilang kaum serta membangun ekonomi rakyat tanpa mengira kefahaman politik agar PBS mampu merampas semula Kerusi Dun Kadamaian pada PRU ke14 akan datang. Kekalahan dalam pemilihan Jawatan Ketua PBS Bahagian Dun Kadamaian merupakan pertandingan keluarga dimana perlu berusaha menanamkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan telus dan bertanggongjawab dalam kekuatan PBS Kadamaian menjelang PRU 14 akan datang.
Dalam pemilihan Jawatan Ketua Bahagian PBS Kadamaian yang baru lepas PPM Daimin Sulukan tewas kepada 3 calon yang bertanding Ketua Bahagian PBS DUN Kadamaian dimana undi yang tertinggi ialah 27 undi oleh Dimis Rumanti, kekalahan bukan satu penghalang untuk terus berjuang dimana semua daya usaha kita dalam memperjuangkan nasib rakyat akan terus dipantau oleh seluruh pemimpin tertinggi Kerajaan BN dalam jangkamasa panjang dan bukan dalam sekelip mata mendapat kepercayaan semua pihak. Antara agenda perjuangan PPM Daimin Sulukan dalam satu wawancara dengan Media Terkini Online sejurus selepas pemilihan PBS DUN Kadamaian Di Dewan Sorob Kota Belud sebagai membawa perubahan dan menjalinkan hubungan baik semua parti kompenan BN demi  menawan semula Kerusi DUN Kadamaian, dalam memperkasa perjuangan parti politik memerlukan kerjasama semua parti kompenan BN agar tidak ada ruang parti pembangkang mempengaruhi rakyat berbilang kaum apa tak lagi dalam zaman I T masa kini disamping pelbagai cabaran global yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk dalam negeri Sabah dan Malaysia amnya jelas beliau.
PPM Daimin Sulukan berterimakasih dengan semua ahli ahli PBS Kadamaian yang memberi sokongan dalam pencalonan serta pengundian walaupun gagal mencapai kemenangan namun semuanya ketentuan Tuhan, perjuangan belum separuh jalan malah masih jauh perjalanan yang perlu dilalui termasuklah segala cabaran berliku jika mahu menawan sokongan semua lapisan peringkat tanpa mementingkan diri sendiri ujar beliau. PBS Kadamaian masa kini dipimpin oleh Dimis Rumanti manakala pejabat UPPM pula diketuai oleh Daimin Sulukan yang mendapat sokongan semua lapisan pemimpin parti kompenan BN terutama UMNO atas ketegasan dan wibawa dalam PBS sejak puluhan tahun lalu. Oleh Arman Karim
Read More ...


SABAH.  Semua lapisan masyarakat hairan mengapa terlalu ramai wanita seksi berkeliaran tiap hari dicelah lorong bangunan kedai dari pagi hingga tengah malam tanpa dilihat apa pekerjaan mereka sebenar namun kehidupan mereka mewah bagai bergaji RM6,000 keatas dalam sebulan, selain dari itu kadangkala kelibat 2 hingga 4 lelaki bagai orang asing berdasarkan loghat bahasa  memantau pergerakan wanita terlibat sering mendapat sampul surat dari kumpulan wanita berkenaan khususnya menjelang malam tanpa dikesan apa isi kandungn sampul surat berkenaan setiap minggu.
Kumpulan wanita berkenaan juga sentiasa bertukar ganti setiap minggu bagai jadual bertukar tempat tugas dalam setiap daerah dinegeri ini namun tidak siapapun mencurigai kumpulan terlibat sejak berpuluh tahun yang lalu umpama pihak berkuasa tempatan terlepas pandang , sumber maklumat penghuni kota yang mendedahkan kegiatan wanita seksi berkeliaran dipelusuk daerah adalah berkerja dalam pelacoran bagi lelaki pelanggan seks dengan harga RM50.00 hingga RM450.00 mengikut tempahan yang melanggani pelacor tua sedarhana atau remaja muda. Tidak ada seorangpun dari penghuni kota mampu mengetahui berapa purata pelanggan wanita berkenaan dalam sehari memandangkan mereka sentiasa mendapat kawalan Bapa Ayam lelaki warga asing bermuka bengis
dan kaki pukul tidak berperikemanusiaan, keberanian Bapa Ayam juga menggalak kumpulan pelacor lebih berani berkeliaran bagi mencari pelanggan walau dimana juga berada asalkan ada pelanggan seks tegar memperhambakan diri bagi mendapat layanan luar biasa dari kumpulan pelacor. Kumpulan pelacor dalam negeri ini juga terdiri dari pelbagai suku kaum dan berbilang ragam apa tak lagi jika menghadapi pelbagai tekanan pihak berkuasa bagi mendapat pembebasan diri sehingga menggunakan helah dilacurkan pihak tertentu yang menjadi orang tengah, namun semua helah seumpama tidak masuk akal memandangkan pelacor sentiasa berpindah tempat sesuka hati tanpa kekangan pihak tertentu melainkan pelacor sendiri meminta khidmat penjagaan dari Bapa Ayam setiap hari agar pelanggan tidak menjatuhkan harga yang dipersetujui bersama.
Sehubungan dengan pendedahan ini semuaj pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan setiap hari segala kegiatan pelacor bebas berkeliaran dipelusuk daerah melibatkan penjaga Bapa Ayam berkumpulan, malah kerjasama semua lapisan masyarakat anak watan Sabah juga amat penting terutama pihak berwajib memberi saguhati terhadap individu yang berjaya membongkar aktiviti kumpulan pelacor atau Ibu dan Bapa Ayam.
Gambar Rakaman Jopis Anak Lagau
Read More ...


KOTA BELUD. Pemilihan Jawatankuasa PBS Bahagian DUN Kadamaian memberi cabaran hebat sehingga ada beberapa kumpulan calon tidak senang duduk bersama orang orang kanan mereka menjelang awal pagi musim pemilihan sekitar pekan Kota Belud apa tak lagi pelbagai maklumat dimainkan oleh laman maya tanpa sempadan, bayangkan lah jika terdapat laporan laman maya memaklumkan terdapat beberapa kumpulan calon ditaja oleh pemimpin UMNO dalam pelbagai aspek dimana perwakilan PBS setempat akan tolak namun tak ada seorang pemimpin kanan UMNO kelihatan berkempen bersama calon calon yang bertanding.  Maklumat maklumat seumpama dimainkan menjelang proses pengundian dijalankan supaya ada perwakilan terpedaya bagi memberi undi kepada calon yang memiliki agenda kepentingan peribadi dan bukan kepentingan parti dan kerajaan amnya rakyat jelata Sabah dan Malaysia amnya, jika para perwakilan akan terpedaya dengan laman maya yang tidak memiliki sumber yang sahi maka PBS bahagian Kadamaian akan dipimpin oleh orang atas pagar tanpa kekuatan merampas  Kerusi DUN tersebut dari cengkaman penyokong parti pembangkang yang belum mengistihar diri mereka menyokong kerajaan sehingga kini. Demikian pendedahan beberapa pengamal politik veteran kawasan parlimen Kota Belud semasa menemui Media Terkini online yang membuat tinjauan menerusi skuad khas awal pagi 16 Oktober 2015 tanpa menemui semua calon yang bertanding, malah bagi tokoh tokoh politik veteran parlimen Kota Belud pula meramalkan ketelusan dan keprihatinan serta kebertanggongjawaban terhadap masyarakat telah dikuasai oleh Daimin
Sulukan seorang calon ketua bahagian PBS Bahagian Kadamaian ujar mereka. Oleh Jopis Anak Lagau   Mohon disiar dalam mt online hari ini 16 Oktober 2015 sebaik sebelum jam 12.00 tengahari
Read More ...

 KOTA BELUD. Semua yang bertanding Ketua Bahagian PBS Dun Kadamaian merasa panas bahangnya apabila berlaku pertembungan calon 4 ketua bahagian dimana masing masing mempamerkan kebolehan pada ahli ahli PBS dalam DUN Kadamaian, hanya ahli ahli Parti Bersatu Sabah (PBS)yang telus dalam perjuangan sahaja mampu membentuk pemimpin bahagian yang hebat serta disokong semua rakyat serta para pemimpin parti kompenen BN negeri mahupun pusat amnya. Kekuatan setakat sokongan beberapa perwakilan diperingkat cawangan tidak akan menyerlah jika seluruh rakyat dan pemimpin yang menyokong parti kompenen BN tidak meminati perwatakan calon yang menang diundi para perwakilan tidak popular, tidak hairan lah jika ada keperluan semua perwakilan cawangan DUN Kadamaian memastikan Ketua Bahagian PBS yang dipilih perlu memiliki kesetiaan keberanian dan komited berjuang bersama semua rakan BN serta rakyat jelata.
Calon Ketua PBS Bahagian Kadamaian yang bertanding ialah PPM Daimin Sulukan 9 Pencalonan, Dimis Rumanti 13 Pencalonan, James Muyau 8 Pencalonan dan Dr. Johsua Biting 4 Pencalonan dimana jangkaan Mesyuarat Agong Pemilihan ialah 16 Oktober 2015 akan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Presiden Parti Bersatu Sabah dijadual bermula jam 10.00 pagi bagi menentukan siapa yang menerajui kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian.
Menurut sumber ahli ahli PBS DUN Kadamaian dalam cakap cakap ahli ahli PBS keseluruhan PPM Daimln Sulukan masih diperlukan sebagai Ketua PBS Bahagian Kadamaian menggantikan Datuk Herbert Timbun Lagadan demi menebus kekalahan Kadamaian pada PRU 13 lalu, keputusan peneraju PBS Kadamaian akan diperolehi pada 16 Oktober 2015 antara kemampuan calon calon Ketua Bahagian yang bertanding bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi PRU ke 14 di DUN Kadamaian.
Read More ...


  SABAH. Permainan bola golek menggunakan penutup botol merupakan perangkap perjudian paling licik dimana boleh berlaku setiap lorong bangunan tanpa mendapat perhatian mana mana pihak penguatkuasa undang undang, selain dari itu taktik diumpan rakan menang ribuan ringgit mampu mempengaruhi orang ramai menghabiskan wang mereka dengan memasang setiap bola yang digolek tutup tanpa menjadi kenyataan walaupun jelas boleh menang. Pendedahan Gondukut Tinagas bagi membongkar kegiatan perjudian yang berleluasa tanpa pemantauan dari pihak berkuasa tempatan walaupun
berlaku setiap hari, malah ahli ahli sukarelawan berpakaian seragam yang kelihatan berkeliaran sekadar tersenyum menonton tanpa dapat menghalang kegiatan mereka. Setiap kegiatan judi bola ini mampu meraih keuntungan ribuan ringgit sehari jika pelanggan tidak ada yang memberi sebarang isyarat untuk berhenti dari permainan bola sembunyi, wang akan lesap dalam sekelip mata jika terpedaya dengan permainan serupa tambahan rakan kumpulan akan memasang ratusan ringgit dengan kemenangan berganda tak sampai seminit berjudi sebagai penarik minat pelanggan.
Dengan pendedahan ini Gondukut Tinagas menggesa pihak berkuasa tempatan telus memerangi kegiatan perjudian bola golek bagi mengelak rakyat jelata orang kampung diperdaya, tidak ada faedah sejumlah besar pasukan beruniform meronda bersama badan keselamatan sukarela berpakaian seragam jika gagal menghalang kumpulan perjudian seumpama dari terus dilanggani masyarakat berbilang  bangsa ujarnya. Untuk media terkini bercetak.
Read More ...

(Jejaki Kekalutan)

Sabah. Angkuh Bongkak antara tingkahlaku orang asing berniaga sesuka hati bagai tidak hormati undang undang sedia ada dalam negara ini amat menyakitkan hati anak anak watan asli dalam negeri ini sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, malah mereka sesama sendiri bercakap tidak gentar bebas berjualan dimerata tempat dalam Sabah asalkan ada orang atas dikenali bagi meminta keampunan jika tertangkap semasa berjualan walau dalam lokasi larangan. Kejadian serupa sentiasa berlaku didepan mata semua lapisan masyarakat terutama golongan para pembeli pelbagai jualan dari peniaga yang dipercayai orang asing berpandukan loghat bahasa dipergunakan, golangan terlibat juga memiliki pekerjaan lain namun ketika bercuti dipergunakan menjadi peniaga sambilan walau dimana juga tempat tak nampak pihak berkuasa tempatan umpama terlepas pandang walau didepan mata. Pendedahan ini bukan mahu mengaibkan nana mana pihak berkuasa dalam Sabah namun
Read More ...

  SEPANGGAR. Rakyat berbilang kaum perlu menggembeling tenaga bagi membantu kerajaan dalam menjaga kesihatan dengan cara memberi penerangan bagaimana keperluan memelihara kesihatan diri yang berkesan, ianya melibatkan latihan jasmani setiap hari disamping pemakanan lebih teratur serta berkesedarhanaan setiap hari apa tak lagi keperluan kediaman yang sentiasa bersih melibatkan pembasmian pembiakan nyamuk pembawa penyakit. Usaha kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit dalam memberi rawatan pesakit tanpa mengira kaum dan ceramah penerangan penjagaan kesihatan tak akan berjaya tanpa kesungguhan masyarakat  sekeliling menyokong hasrat seumpama, malah  memperkasakan diri menjaga kesihatan melibatkan  pemakanan serta kebersihan persekitaran sekeliling terutama rumah kediaman individu amat penting sebagai contoh terhadap generasi muda mudi dalam memelihara kesihatan. Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Haji  Jumat Idris berkata demikian semasa merasmikan seminar penutupan penjagaan kesihatan di Klinik Kesihatan Pekan Telipok 6 Oktober 2015 disaksikan semua kakitangan pusat kesihatan tersebut dan para pemimpin kampung berhampiran, bagi masyarakat berbilang kaum perkampungan berhampiran Klinik Kesihatan Pekan   Telipok mendakwa lawatan rumah kerumah memantau kebersihan jarang dilaksanakan termasuk lah tidak menggunakan media cetak ujar mereka. CDO Kerambunai Marino Ahmad yang mengundang Media Terkini yakin jika diberi peruntukan kewangan dalam kempen penjagaan Kesihatan pelbagai program boleh dijalankan termasuk lah maklumat lawatan rumah kerumah, selain dari itu gabungan kerja    penerangan bersama syarikat media cetak dan media eletronik  amat diperlukan kearah memantapkan lagi kefahaman masyarakat berbilang kaum dipelusuk Sepanggar dan Sabah amnya tegas beliau. ADA JUGA ORANG TIDAK MINAT DENGAN KELIBAT JURUGAMBAR YANG BEBAS MERAKAM APA JUGA KEPENTINGAN SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT DENGAN BORAK BORAK TIDAK MENENTU SECARA TERBUKA BAGAIKAN MEREKA BERJAWATAN TINGGI SEKALI. Perbaiki dan muhassabah diri menghormati orang lain walau apa juga kedudukan. OLEH JASLY DOL
Read More ...


1. HELPER (PEMBANTU TUKANG MASAK
2. CHESER (JURUWANG KAUNTER)  3. TUKANG KOPI  (BERPENGALAMAN/TDAK BERPENGALAMAN) GAJI LUMAYAN
PEMOHON BOLEH DATANG KE WORLD CAFE LOT 22 BLOK B TELIPOK COMERCIAL CENTER PEKAN TELIPOK (MASA PEJABAT) TEL.016.842709

Read More ...


Kota Belud.  Pertandingan Ketua PBS Bahagian N. 7 Kadamaian Sengit dengan 4 calon bertanding bagi menerajui perjuangan PBS pada pru ke 14 akan datang selepas PBS tewas pada pru ke13 yang lalu ditangan parti keadilan rakyat PKR YB Uku Jeremy Malajad kini menyertai Parti PBRS, ahli PBS diperingkat cawangan DUN Kadamaian perlu bijak memilih Peneraju Ketua Bahagian jika mahukan pemimpin mereka yang  berjiwa rakyat dan dihormati seluruh pemimpin tertinggi kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya disamping kesungguhan  bersama orang kampung tanpa mengira masa siang atau malam menemui rakyat jelata.
PPM KADAMAIAN Daimin Sulukan yang mendapat sokongan ahli PBS dan rakyat penyokong parti kompenen BN  Kadamaian dan Parlimen Kota Belud yakin boleh memulih sokongan rakyat Kadamaian jika diberi mandat oleh semua perwakilan demi masa depan PBS kawasan tersebut, selain dari itu semua pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan amnya serasi dalam apa juga pertemuan dengan Daimin Sulukan yang pernah menjadi Setiausaha PBS Bahagian Kadamaian hampir 20 tahun yang lalu walaupun menempuh pelbagai cabaran getir namun tidak pernah menghianati parti PBS jelas warga Kadamaian. Media Terkini yang memerhati pembukaan pencalonan pertandingan Ketua Bahagian PBS Kadamaian yang diketuai Datuk Jahid Jahem dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman merangkap Timbalan Presiden PBS dimaklumkan ahli ahli PBS bahawa Daimin Sulukan layak diberi sokongan, apapun keputusan pemilihan ketua Bahagian PBS  N. 7 Kadamaian hanya bergantung kepada seluruh perwakilan PBS dalam mesyuarat bahagian dijangka pertengahan bulan Oktober 2015 akan datang asalkan tidak berlaku kekilafan dikalangan perwakilan yang melakukan pengundian ujar ahli ahli PBS Kadamaian.  Oleh Arman Karim
Gambar. Datuk Jahed Jahem dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman menerima surat penerimaan pencalonan dari PPM Daimin Sulukan
Read More ...

  TELIPOK. Penduduk mukim Telipok darat membidas sikap seorang kakitangan syarikat konsisi kerajaan yang sombong dan angkuh bila menerima cadangan orang kampung demi kebaikan bersama, malah individu berkenaan juga tidak memilih siapapun menegur atau mencadangkan pandangan bernas tetap akan ditengking demi menjaga jawatan nya dalam syarikat berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Kakitangan berkenaan juga mencabar siapa juga tidak setuju dengan kerja kerja kakitangan syarikat konsisi kerajaan majikan beliau boleh melaporkan Kepada Ketua Menteri Sabah dimana kebal segala teguran.
Individu berkenaan juga mendakwa syarikat konsisi kerajaan selaku majikan beliau amat bertanggongjawab memperbaiki segala kerosakan jalan raya dibawah tanggongjawab mereka tanpa perlu melakukan pelbagai aduan, sebaliknya jalan raya menuju kekampung kakitangan syarikat konsisi kerajaan berkenaan berpuluh tahun terbiar walaupun dalam jagaan syarikat majikan individu terlibat sampai orang kampung baiki sendiri jalan raya mereka.
Dalam penyamaran Media Terkini beberapa minggu lalu kakitangan Syarikat konsisi Kerajaan terlibat juga turut mencabar siapa tak puas hati boleh melapor pada ketua menteri kegagalan syarikat berkenaan, amat memalukan sikap orang yang mementing jawatan boleh mencabar masyarakat yang iklas membuat teguran membina dicabar tidak munasabah berjumpa Ketua menteri ujar penduduk setempat. Gambar orang kampung simen jalan raya tanpa bantuan syarikat berkenaan.

Read More ...

    KOTA KINABALU.  Pengambilan Security Guard tangkap muat meragukan   mengakibatkan pendatang asing bebas berkeliaran berlindung dalam bangunan yang dikawal oleh Security Guard diragui kerakyatan mereka, malah ada juga dikalangan mereka (Security Guard) meragukan bagai sengaja membiarkan orang asing berkeliaran terutama dalam bangunan yang mereka buat kawalan setiap hari sehingga menakutkan setiap pengunjung setempat. Sebilangan syarikat pengguna Security Guard kawasan Kota Kinabalu serta  kawasan berdekatan pula lebih gemar mengambil pekerja Security Guard dikalangan orang meragukan agar dapat keuntungan kewangan berganda dari Security Guard bawahan mereka, selain dari itu para pengurus bangunan yang memilih anggota Security Guard bertugas dalam gedung mereka enggan menerima bekas bekas Tentera yang berusaha mencari kerja bersesuaian pengalaman mereka. Dalam tinjauan Media Terkini bersama bekas bekas Tentera yang membongkar kegiatan pengambilan Security Guard dikalangan orang yang diragui cukup memalukan, malah golongan Pengurus orang tempatan Sabah juga bagai menghormati orang asing menjadi Security Guard berbanding bekas Tentera atau orang   rakyat asli Malaysia semata mata demi kepentingan peribadi tanpa dipantau pihak kerajaan negeri.  
Oleh. Jasly Dol
Read More ...

 SABAH. Gegaran gempa bumi di Gunung Kinabalu bagai tidak menarik perhatian umum masyarakat Sabah, persoalan Gempa Bumi tersebut masih berlaku dalam keadaan kemah lebih 100 kali seharusnya menarik perhatian warga negeri ini setiap hari. Beberapa penduduk ditemui Media Terkini mendakwa bahawa Gempa Bumi di Gunung Kinabalu bagai satu isyarat betapa perlu dikawal ketat semua pelawat dikawasan persekitaran Gunung, ianya melibatkan peradaban dan perilaku individu dan berkumpulan kecuali suami isteri mamun masih terikat dengan adat warisan etnik asli Sabah jelas orang ramai. Pemimpin Kerajaan dan warga Sabah khususnya wajar menghormati adat dan budaya asli warisan etnik orang asal negeri Sabah disamping berdoa pada Allah swt tiap masa, perkara utama diberi perhatian adalah menjaga setiap perilaku pengunjung tanpa mengira kaum dan agama sepanjang berada dipersekitaran Gunung Kinabalu demi mengelak sebarang musibah ujian Allah swt ujar penduduk asli Sabah.  
JANGAN KERANA PENGARUH SEMUA ADAT BUDAYA SONGSANG DARI NEGARA LUAR SEHINGGA MELALAIKAN KITA DALAM MEMANTAU SEGALA PERILAKU DALAM GUNUNG KEMEGAHAN WARGA SABAH. Oleh Arman Karim
Read More ...


SABAH. Dalam menghadapi cabaran kemelut politik negara tidak menentu masa kini semua rakan dalam UMNO dan kompenen BN perlu bersatu mencurah bakti pada rakyat dalam kawasan tanggungjawab masing masing, sikap menghalang kakitangan bawahan dari menghadiri program rakan seperjuangan adalah perbuatan orang yang bukan sehati sejiwa dan mirip fahaman politik sempit parti pihak lawan tanpa penghujung. Semua pemimpin dan ahli ahli parti UMNO diperingkat Parlimen Sepanggar perlu sepakat dalam memperkasakan sokongan rakyat dan bukan memecahbelahkan ahli ahli UMNO, ugutan memecat jawatan kepada pemimpin yang bersama seorang ahli Parlimen mendampingi rakyat jelata oleh seorang bergelar Menteri dan ADUN merupakan tidak masuk akal, semua penjawat dalam pejabat UPPM termasuk KETUA KAMPUNG dan JKKK jika diberhentikan perlu ada bukti kesalahan dan bukan berdasarkan menyertai program Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.    
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata demikian semasa menagihkan Korban Perdana Kerbau dan Lembu berjumlah 30 ekor bagi 29 buah Masjid dan Surau diperkarangan Masjid Alkauther Kg. Lindung Karambunei 20 Sept 2015, sungguh pun digantung jawatan Ketua Umno 3 tahun namun jawatan MP Sepanggar berserta keahlian UMNO masih sah dan boleh meneruskan kerjaya MP Sepanggar ujar beliau. Beliau juga telah diminta menandatangani surat aku janji tidak menukar perjuangan parti politik di Kuala Lumpur baru baru oleh pemimpin UMNO pusat, maka dengan ini semua Ahli UMNO Sepanggar tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu memperkukuh kekuatan BN Sepanggar dan bukan berbelah sesama sendiri semata mata kepentingan peribadi dan kroni kecil tegasnya. Pada majlis tersebut semua pemimpin Ketua Kampung JKKK dan Imam Masjid serta Surau dalam kawasan Parlimen Sepanggar yang hadir meluahkan sokongan terhadap Datuk Jumat Idris MP mereka, harapan mereka  (rakyat) MP Sepanggar agar semua pemimpin dan ahli ahli UMNO mahupun kompenen BN agar semua mampu bersatu dan menjauhi permusuhan akibat kepentingan peribadi ujar warga Sepanggar.

Read More ...

TAJUK.
 
KOTA KINABALU. Pemimpin muda dan baru dalam Parti Bersatu Sabah (PBS)dikawasan yang tewas pada PRU ke13 lalu terpaksa bersaing bagi merebut kerusi berkenaan pada PRU 14 akan datang, jika PBS setempat lalai semua parti kompenen BN lain juga mengintai peluang menjadi calon bagi  menumbangkan YB parti pembangkang yang mendapat sokongan padu  rakyat pada PRU ke13 yang lalu.  Gerakan Pemuda dan Wanita yang
baru memenangi jawatan dalam pemilihan Parti Bersatu Sabah baru baru ini dibeberapa kerusi DUN Pembangkang perlu berkerja keras menawan nya semula, namun semua yang berlaku dikawasan kerusi Pembangkang pada PRU ke13 lalu terserah pemimpin wanita dan pemuda PBS bahagian setempat bagi menawan hati rakyat semula menyokong BN. Soal siapa bakal menjadi calon BN dalam kerusi DUN Pembangkang PRU 14 akan datang semua pemimpin parti kompenen BN pasti mengintainya, semua pemimpin parti kompenen BN terutama parti tempatan Sabah perlu sepakat membela rakyat dalam apa juga keperluan mereka jika mahu undi rakyat pada PRU ke 14 akan datang.    
Gambar Sekadar Hiasan. Oleh. Jopis Anak Lagau   Mohon jawapan jika sudah diterima.
Read More ...