....

.

.
.

  KOTA KINABALU. Perjudian Teka Teki VAHUI terlalu berani akibat terlalu ramai pelanggan  dan pelindung mereka dalam negeri ini apa tak lagi jika penganjur permainan tersebut memberi imbuhan kepada setiap pelindung mereka tanpa berkerja,  tidak kurang juga dikalangan penganjur permainan tersebut bagai tidak takut pihak berkuasa sehingga berani mempamerkan soalan serta jawapan didinding bangunan Kedai walaupun disiang hari tanpa segan pihak berkuasa tempatan.  Kegiatan seumpama bukan perkara baru malah dilakukan bertahun lamanya yang menjadi tumpuan kaki judi lelaki dan wanita tanpa mengira usia dan pegangan agama, tidak hairan lah jika penganjur judi berkenaan mampu meraih keuntungan puluhan ribu seminggu dalam satu daerah dan jutaan ringgit bagi seluruh Sabah mengikut jumlah banyak rangkaian.
Luahan beberapa suri rumah kepada Media Terkini bagi mendedahkan kegiatan suami mereka yang kerap terjebak kepada perjudian tersebut 4 kali sehari hingga wang dapur lesap digunakan, malah ada juga suami yang mendakwa isteri mereka pula kerap minta wang dapur setiap keluar rumah namun bila balik rumah barangan dapur tidak kelihatan jumlah sebenar yang dibeli ujar mereka. Gambar. Soalan dan Jawapan VAHUI bertampal didinding bangunan Kedai Menggatal.  Oleh. Jasly Dol

Categories: