....

.

.
.


KOTA BELUD. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kadamaian Daimin Sulukan akan meneruskan tugas membela pelbagai lapisan rakyat menerusi jawatan PPM yang dipertanggongjawab oleh kerajaan negeri walaupun tewas dalam pemilihan empat penjuru jawatan Ketua PBS Bahagian Kadamaian 16 Oktober 2015, selepas pemilihan PBS bahagian Kadamaian berlalu kini tugas utama PPM adalah mengembalikan semula sokongan rakyat berbilang kaum serta membangun ekonomi rakyat tanpa mengira kefahaman politik agar PBS mampu merampas semula Kerusi Dun Kadamaian pada PRU ke14 akan datang. Kekalahan dalam pemilihan Jawatan Ketua PBS Bahagian Dun Kadamaian merupakan pertandingan keluarga dimana perlu berusaha menanamkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan telus dan bertanggongjawab dalam kekuatan PBS Kadamaian menjelang PRU 14 akan datang.
Dalam pemilihan Jawatan Ketua Bahagian PBS Kadamaian yang baru lepas PPM Daimin Sulukan tewas kepada 3 calon yang bertanding Ketua Bahagian PBS DUN Kadamaian dimana undi yang tertinggi ialah 27 undi oleh Dimis Rumanti, kekalahan bukan satu penghalang untuk terus berjuang dimana semua daya usaha kita dalam memperjuangkan nasib rakyat akan terus dipantau oleh seluruh pemimpin tertinggi Kerajaan BN dalam jangkamasa panjang dan bukan dalam sekelip mata mendapat kepercayaan semua pihak. Antara agenda perjuangan PPM Daimin Sulukan dalam satu wawancara dengan Media Terkini Online sejurus selepas pemilihan PBS DUN Kadamaian Di Dewan Sorob Kota Belud sebagai membawa perubahan dan menjalinkan hubungan baik semua parti kompenan BN demi  menawan semula Kerusi DUN Kadamaian, dalam memperkasa perjuangan parti politik memerlukan kerjasama semua parti kompenan BN agar tidak ada ruang parti pembangkang mempengaruhi rakyat berbilang kaum apa tak lagi dalam zaman I T masa kini disamping pelbagai cabaran global yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk dalam negeri Sabah dan Malaysia amnya jelas beliau.
PPM Daimin Sulukan berterimakasih dengan semua ahli ahli PBS Kadamaian yang memberi sokongan dalam pencalonan serta pengundian walaupun gagal mencapai kemenangan namun semuanya ketentuan Tuhan, perjuangan belum separuh jalan malah masih jauh perjalanan yang perlu dilalui termasuklah segala cabaran berliku jika mahu menawan sokongan semua lapisan peringkat tanpa mementingkan diri sendiri ujar beliau. PBS Kadamaian masa kini dipimpin oleh Dimis Rumanti manakala pejabat UPPM pula diketuai oleh Daimin Sulukan yang mendapat sokongan semua lapisan pemimpin parti kompenan BN terutama UMNO atas ketegasan dan wibawa dalam PBS sejak puluhan tahun lalu. Oleh Arman Karim

Categories: