....

.

.
.


TUARAN. Misi menawan Kerusi DUN Tamparuli merupakan agenda utama para pemimpin baru PBS berhadapan parti pembangkang pimpinan YB. Datuk Welfred Mojilip Bumburing Wakil Rakyat kawasan tersebut menjelang PRU ke14 akan datang,  malah pemimpin baru PBS Kawasan DUN Tamparuli juga sedang meyakini  rakyat jelata agenda utama dalam pembaharuan  politik mereka agar tidak ada keciciran dalam pelbagai kemudahan yang disalur pemimpin kerajaan terhadap pelbagai lapisan masyarakat  setempat. Para pemimpin muda PBS Tamparuli juga sedang aktif memberi penerapan usaha murni kerajaan BN kawasan setempat demi kefahaman rakyat agar memahami konsep  kepimpinan kerajaan menjelang PRU ke14 akan datang, malah rakyat jelata setempat juga perlu memahami konsep parti kompenan BN yang mantap berbanding semua parti pembangkang yang masih berbeza fahaman politik apa tak lagi tekad membela rakyat termiskin kawasan Tamparuli. Cabaran para pemimpin baru PBS Bahagian Tamparuli yang giat diperbaiki golongan generasi muda khususnya dalam penyampaian maklumat masa kini dengan pelbagai kecanggihan maklumat, sehingga  kini gerak kerja PBS Tamparuli masih terus aktif atas gandingan Datuk Jahid jahem Ketua Bahagian PBS berserta En. Madin Anak Timbalan Ketua Bahagian PBS Tamparuli serta beberapa pemimpin muda PBS setempat tanpa noktanya,
Semoga dengan pendedahan ini Pemimpin baru PBS kawasan Tamparul dapat membantu rakyat berbilang kaum sekitar DUN Tamparuli agar PBS mampu mengembalikan sokongan rakyat pada PRU ke 14 akan datang.  Gambar. Madin Anak bersama para pemimpin muda PBS DUN Tamparuli  Oleh. Arman Karim


Categories: