....

.

.
.






Jika anda mahu meninggalkan semua masalah atau meredakan tekanan dan ingin berasa dekat dengan alam semula jadi setelah banyak menghabiskan masa di dalam pejabat, mungkin makan sambil menikmati angin segar di restoran atas pokok di resort Soneva Kiri, Thailand ini adalah pilihan yang tepat. Itupun kalau anda punya banyak bajet ler atau dalam erti kata lain, kaya-raya untuk pergi ke Thailand semata-mata nak makan kat atas pokok. Huhu.. Kesemua ‘pondok’ digantung di antara pokok-pokok pada ketinggian 5m dan pelayan pula akan menghantar makanan dengan berjalan di sepanjang laluan tali yang dikhaskan kepada mereka
Read More ...

Semakin hampir perhimpunan Merah  di Bukit Bintang, makin terserlah siapakah penganjur sebenar perhimpunan tersebut yang dikatakan dianjur oleh Ketua Bahagian UMNO Sg Besar, yang rata-rata  orang beranggapan  beliau cuma  ingin menangguk di air yang keruh. Beberapa  hari ini juga ramai pengguna  media  sosial termasuklah dari UMNO sendiri membongkarkan siapa  Jamal  penganjur Himpunan ini. Kami akan cuba  siarkan dari masa  ke semasa  perkembangan ini.

Orang UMNO sendiri pun  bongkarkan  dalam facebook

Salah satu gambar  yang mempertikaikan niat Jamal yang ingin melepaskan diri dari tanggujawab dengan menggunakan Persatuan silat  sebagai penganjur himpunan.
Read More ...

 Sabah: Penduduk Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Telipok paksa pamerkan wibawa mereka bagi membaiki Jalan Raya yang terbiar lebih 10 tahun lalu demi lauan orang kampung melakukan pelbagai urusan setiap masa, pemimpin kerajaan dan ahli ahli politik serta syarikat konsisi kerajaan dilantik gagal membaiki jalan raya terlibat walaupun penduduk sering merayu membaiki Jalan Raya mereka namun terus juga terabai tanpa dimaklumkan punca ianya terbiar. kerosakan jalan raya tersebut juga terpaksa ditanggong penduduk kampung dengan pelbagai cara mencari kewangan demi kemudahan perhubungan orang kampung setiap hari, namun rakyat merasakan diri mereka hanya dipergunakan masa pilihan raya sahaja tanpa ada yang membaikpulih Jalan seluruh penduduk kampung ujar mereka. Jurugambar Media Terkini yang diundang membuat penggambaran sepanjang orang kampung menyemin Jalan Raya mereka dari awal pagi hingga lewat tengahari, semoga para pemimpin kerajaan(Sambungan penduduk kampung menyemin jalan raya)     dan orang orang politik kawasan DUN  Inanam amnya Parlimen Sepanggar dapat bertindak membantu kampung terlibat dari masa kesemasa tegas orang kampung setempat. Oleh. Jasly Dol 
Read More ...

KUALA LUMPUR: Kecoh kini di Media sosial berkenaan satu program  khas anjuran  PAS yang diadakan di Pasir Puteh Kelantan.
Ramai kalangan pembaca facebook serta  blog mendakwa Media  rasmi Pas iaitu  Harakahdaily telah mengedit gambar  dengan menampakkan jumlah kehadiran peserta dalah  satu program anjuran  PAS melimpah hingga  mencecah puluhan ribu peserta.
Bagaimanapun  sekeping gambar yang diambil dari pemandangan dari atas bangunan, menunjukkan  jumlah  peserta tidaklah seramai mana yang didakwa.
Pihak kami cuba  mendapatkan penjelasan  dari pihak  PAS  pusat  namun masih  gagal menghubungi pihak  berkaitan.

Read More ...

SABAH: Generasi muda terutama golongan anak dara sunti dinasihatkan agar menghormati warga emas lelaki walau apapun kerja golongan terlibat setiap masa, sikap angkuh dan sombong golongan anak dara sunti amnya kaum hawa terhadap elaki warga emas tempatan menyebabkan ramai jodoh paksa mereka terhadap lelaki warga asing dengan kos tinggi. Kejadian seumpama bukan perkara baru malah berlaku sejak sekian lama dimana ada kaitan kaum hawa yang berlagak pakar penasihat anak dara sunti, namun diri mereka sendiri berjodoh lelaki buru kasar sehingga niat hati menghalang jodoh kaum anak dara sunti mendampingi lelaki matang berusia sebagai pasangan hidup mereka. Pendedahan Paulus @ Iskandar Masagal demi tatapan anak dara dan kaum hawa yang gemar mencaci lelaki warga emas atau berusia mendampingi gadis gadis orang muda, beliau tidak lupa mengucapkan selamat hari kemerdekaan Sabah dan hari raya haji 2015 untuk semua warga Sabah serta Malaysia katanya.  OLEH  ARMAN KARIM
Read More ...



Di Anhui,China- Babi melahirkan anak mirip seperti gajah,sangat aneh,sangat mulus,kepalanya,hidungnya, mulutnya dan tumbuh dua telinga seperti gajah.Nampak seperti anak gajah kecil tetapi pada hakikatnya ia adalah seekor babi.

Petani yang memiliki babi tersebut mengatakan mereka memelihara babi betina dan telah melahirkan hingga tujuh anak babi,dan baru kali ni melahirkan babi yang mirip seperti gajah.Babi tersebut lahir dengan berat 1000 grams(1 kilogram).

Malangnya babi yang mirip seperti anak gajah tersebut hanya dapat bertahan selama sembilan jam kerana tidak mendapat susu yang cukup,mana taknya lepas lahir jer terus tunjuk-tunjuk kat orang sampai tak sempat menyusukan babi tu kat mak dia,,dapat bangga sekejap jer,tu lar manusia.

Read More ...


Kota Belud.(SABAH) Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Kadamaian masih dalam di
lema menentukan pemimpin mereka diperingkat bahagian tersebut, malah kepimpinan PBS DUN  Kadamaian tidak boleh memandang ringan memilih teraju Ketua Bahagian PBS jika mahu memulihkan sokongan rakyat setempat menjelang PRU ke14 akan datang. Kepimpinan PBS   DUN Kadamaian juga memerlukan Ketua Bahagian yang berperikemanusiaan berwawasan dan memiliki intergriti dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seimbang keupayaan para pemimpin tertinggi kerajaan. Dalam tinjauan Media Terkini OnLine ramai ahli ahli PBS mengakui Daimin Sulukan sesuai dipilih menjawat Ketua Bahagian PBS  DUN Kadamaian, ada juga warga Sabah mengakui semua kerusi PBS yang ditawan parti pembangkang PRU ke 13 wajib ditebus semula oleh pemimpin berpengalaman dan mesra rakyat pada PRU ke 14 akan datang. By. Arman Karim
Read More ...

TELOK MAS, - Sebatang pokok betik misteri seperti 'mati beragan' terdapat di Kampung Pengkalan Jajar di sini terus menjadi perhatian orang ramai.

Pemilik pokok tersebut, Jamaliah Dol berkata, pokok tersebut ditanamnya lebih setahun yang lalu.

Menurut, Jamilah, walaupun pokok tersebut sekejap hidup dan mati, namun ianya terus kekal hidup sehingga mengeluarkan beberapa buahnya.

Jamilah berkata, beliau pernah mendapat merasai buahnya yang manis dan lazat dalam masa beberapa kali.

Katanya, bagaimana pun sejak akhir-akhir ini keadaan semakin menunjukkan tanda-tanda akan mati, walaupun tetap masih berbuah.

"Dipercayai pokok ini pernah terkena siraman air panas atau sejenis racun namun ianya masih belum mati-mati satelah lebih setahun yang lalu,"katanya.

Bagaimana pun, Jamaliah tidak menolak anggapan sesetengah pihak, kononnya pokok itu dipercayai terkena gangguan orang halus.

"Memang di kawasan itu pada asalnya tempat terbiar dan asing, terdapat juga ramai yang terdapat mahlok halus di kawasan itu bagaimana kini semakin berkurangan,"katanya kepada wartawan Media Terkini (MT) di Melaka , Ibrahim Idris.
Jamaliah Dol


Read More ...

Seorang pendakwah mendakwa terdapat kalangan ustaz-ustaz  dari Parti PAS yang sukar menerima  teguran atau kritikan. Polemik ini mula diperkatakan oleh semua  orang semenjak Parti PAS bergolak  dan tertubuhnya Parti Amanah Negara  (PAN) . Malah mula  kedengaran kes-kes di mana para pendakwah dari PAN  dilarang menyampaikan ceramah  atau tazkirah di masjid-masjid tertentu. Keadaan  ini dikatakan  semakin menular di kalangan  ahli-ahli yang lain. Ikuti pengakuan dari seorang pendakwah berkaitan  perangai pemimpin PAS yang melenting bila ditegur:

"Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.
Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:
"Sangat pedih, tetapi kena ikut".
Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.
Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan dari sebahagian pimpinan dan pengikut PAS:
Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka. Permusuhan sebahagian mereka dengan saya jelas apabila saya dipulaukan walaupun dahulunya sahabat baik hanya kerana sebuah nasihat! Ada juga yang label saya sebagai insan yang memburukkan wajah Islam.
Saya termenung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita. Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA. Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini. Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor atau Ust Khairul Azmi dari Pahang untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin dan isu berkaiatan dengannya yang menjadi polemik antara saya dan anda.
Akhukum fillah"
-
Dr. Rozaimi Ramle
Read More ...

    SABAH:    Beberapa pemimpin parti politik tempatan perlu dicontohi dalam wacana membela generasi warga asli dalam negeri ini, sikap bertanggongjawab dikalangan beberapa pemimpin parti politik tempatan Sabah jelas memberi semangat rakyat kearah memelihara masa depan generasi mereka dari kebanjiran orang asing. Antara tokoh yang terus berjuang untuk rakyat asli Sabah ialah Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dengan bantuan Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Wilfred M. Bumburing serta beberapa lagi yang lain, tidak hairan lah jika apa juga majlis perkumpulan rakyat bersama mereka pasti menjadi halangan pihak berkuasa, jelas Gilvet Luvin anak watan Sabah. ( Gambar )
Datuk Dr. Jeffery Kitingan Bersalaman Datuk Welfred M. Bumburing bersama reflika persefahaman perjuangan membela rakyat mereka.
Read More ...

Panas..berita pemecatan ke atas Bekas Timbalan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 6 pemimpin UMNO   kini tersebar meluas di media-media  sosial.
Tinjauan Media Terkini mendapati beberapa blog juga turut menyiarkan berita  serupa.
Pihak Media Terkini  turut mengunjungi blog www.pejuang-rakyat.blogspot.com

Ternyata  berita  ini semakin  panas  dan dijangka  menjadi buah mulut kalangan  ahli politik tanahair. Kami akan melaporkan dari masa  ke semasa  berita  ini sama ada  benar  ini atau pun palsu.
Read More ...

sekadar hiasan
Sabah. Rakyat asli dalam negeri ini memiliki pandangan berbeza berhubung kekuatan parti pakatan rakyat dari KEADILAN DAN DAP mahupun parti kompenen BN dalam negeri ini amat sukar dikenal pasti dimana hala tuju politik mereka samar akibat bebas bertukar keahlian parti setiap bulan.  Sesetengah penyokong parti pakatan rakyat pula bebas menghadiri setiap mesyuarat beberapa parti kompenen BN setiap tahun tanpa syakwasangka   menyebabkan apa juga agenda perjuangan pemimpin BN setempat setiasa dihidu para pemimpin parti pakatan rakyat. Dalam kes seumpama semua parti politik perlu berwaspada dengan tindak tanduk penyokong peringkat bawahan demi kekuatan dan kerasiaan parti politik mereka, jika penyokong diperingkat cawangan diberi kebebasan bertukar keahlian parti setiap bulan maka agenda pemerkasaan parti tidak tercapai. 

Disusun oleh. Jopis Anak Lagau 
Read More ...

Seakan satu pukulan buat parti PAS apabila  Pengarang akhbar Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain mendakwa Utusan Malaysia bukanlah seperti Harakah yang takut mengkritik  pemimpin mereka  sendiri.
Ternyata dakwaan tersebut kini menjadi viral di laman-laman sosial hari ini. Pihak  Pas sendiri sehingga petang ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab tuduhan  tersebut.
Read More ...

Gambar sekadar hiasan
 SABAH.  Generasi muda mudi hari ini memerlukan pemimpin intelik sebagai persediaan pada tahun 2020 akan datang, selain dari itu kewajaran pemimpin intelik muda mudi menghormati warga kampung amat dituntut jika mahu sokongan padu setiap kali pilihan raya.  Kecekapan pemimpin muda mudi memperkasa politik berimformasi peringkat global juga amat penting demi kemajuan pelaburan negara, namun ianya perlu keseimbangan antara global bersama perpaduan disamping bantuan keatas rakyat berpendapatan rendah dikawasan luar bandar amnya. Beberapa ahli PBS diperingkat cawangan membayangkan anak seorang mantan pemimpin Parti USNO era 1958 lalu di Kota Belud boleh  meneruskan politik jika diberi peluang, selain dari mewarisi kepimpinan berjiwa rakyat anak bekas pemimpin USNO ini juga kerap mendampingi para pemimpin BN yang lain jelas orang ramai. Media Terkini yang berusaha mendekati anak bekas pemimpin USNO berkenaan hanya berjaya memperolehi nama Laik Tawaian, hala tuju politik beliau gagal diperolehi memandangkan masih terlalu awal baginya meneliti parti yang bakal disertainya apabila masanya akan tiba ujar beliau. Semua pemimpin muda mudi kawasan pantai barat Kota Kinabalu dan Kota Belud berharap Laik Tawaian akan terbuka hati menyertai parti kompenen BN demi rakyat Sabah, malah beberapa ahli parti PBS dan UPKO mencadangkan agar Laik Tawaian memilih salah satu parti berkenaan sebagai landasan memperjuangkan masa depan penduduk Sabah.    
(Laporan  / Suntingan:  Arman Karim)
Read More ...

Kunjungan wartawan Media Terkini di Pasar Tani  kawasan Danau Kota hari ahad lepas mendapati bilangan pengunjung ke pasar tersebut merosot agak teruk. Menurut peniaga  yang ditemui tidak menolak kemungkinan majlis rumah terbuka  atau 'open house' membuatkan para  pengunjung mengambil keputusan tidak membeli barangan  dapur hari tersebut memandang suasana  rumah terbuka  begitu banyak  sekali.
Bukan setakat di Pasar Tani ini sahaja tetapi bagi peniaga  pasar malam yang mana perniagaan mereka sekitar hari sabtu dan ahad turut terjejas terutama  peniaga  makanan disebabkan faktor  rumah terbuka  di sana  sini.
Sejak  lima  tahun kebelakangan  ini, majlis  rumah  terbuka  di sekitar Kuala Lumpur seakan-akan menjadi trend  bagi penduduk di sini apabila  menjelangnya hari raya Aidilfitri.
Malah diramalkan  hari sabtu  depan yang merupakan penghujung Aidilfitri, majlis rumah terbuka  pasti lebih meriah  dan banyak diadakan di merata tempat. (Laporan: Azzwan Izhar PS) 
Read More ...

NOTIS

Adalah diminta  Puan ALIZAH BINTI KALUAH bersama anak : 
1. Mohd Sukriadi Hassanuddin
2. Mohd Yusuf  Abdullah @hassanudin

pulang menemui suami  Hasanuddinn Osmand serta bapa mertua  Osmad Saraman dalam mada 21 hari..bagi membincangkan keluarga tanpa sebarang masalah demi kebaikkan bersama..
Sesiapa yang mengenali nama dan gambar ini dipercayai berada di Semenanjung Malaysia, sila hubungi talian ini secepat mungkin. Tel 013-8574659 , 014-3711107 sabah. 
Read More ...


SABAH. Senario politik dalam negeri ini perlu pemerkasaan veteran dan generasi muda, kegagalan dalam pemerkasaan jangkamasa panjang boleh melemahkan kekuatan semua parti kompenan BN pada masa akan datang.  Malah bagi kawasan N. 24 Membakut dan Dun Kadamaian kini wajar memulakan pemerkasaan menguatkan parti, kedua dua kawasan tersebut ditunjangi PBS orang veteran dalam politik  antara Egol Onsim Basintal dan Daimin Sulukan. Siapapun mereka berdua ini mampu mengembelingkan tenaga  kearah memperkasakan parti BN, namun segala hasrat memperkasakanparti terletak ditangan semua pemimpin tertinggi kompenan BN Jika mahu kemenangan PR ke 14 akan datang ujar nya. Egol Onsim Basintal dan Daimin Sulukan kini hanya lah orang kuat dalam beberapa mata rakyat jelata, oleh yang demikian budi bicara para pemimpin tertinggi BN dan PBS Memberi kuasa pada rakyat memimpin mereka akan datang. 
Read More ...

Berita  baik buat penggemar akhbar kami Media  Terkini, sempena ulang tahun ke 16, Media  Terkini akan muncul berwajah baru.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Azhar Haji Omar, perubahan ini dilakukan  bagi menarik perhatian kalangan  muda  yang kini lebih banyak tertumpu pada  media sosial dan internet saja.
"InsyaAllah, perubahan ini akan mengejutkan semua  penggemar atau pembaca tetap Media  terkini selama ini. Kita  akan muncul dengan lebih hebat  dan gempak lagi.,"ujar Dato azhar.
Menurutnya lagi, isi kandungannya  akan diperbaiki dan diisi denga bahan yang lebih menarik dan sesuaii dengan perkembangan masa kini.
"Jika dibandingkan  dunia  sekarang dengan dunia  dahulu, para  pembaca nyata  sangat berbeza . Sekarang lebih terdedah dengan  bacaan melalui facebook, twiter dan sebagainya. jadi, Media Terkini wajar berbuat sesuatu bagi menghadapi permasalahan ini," katamya lagi.

Read More ...

Pihak  Media  Terkini Online kini menerima banyak  iklan  dari Sabah dan Sarawak. Kami sangat mengalu-alukan. Semoga  dengan kehadiran iklan-iklan dari Malaysia Timur ini akan  dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita.  Bagi Penduduk di Sabah yang ingin mengiklan apa saja  iklan online, sila  hubungi Wartawan kami di Sabah:  014-3534978 En Arman Karim
Read More ...



Kuala Lumpur: Awas pada semua pembaca dan rakyat yang inginkan keamanan. Satu sindiket memukau sesiapa sahaja dengan manjadikan orang tersebut seakan mayat hidup kini berleluasa di mana-mana sahaja.
Media Terkini mendapat banyak panggilan telefon yang mahukan kami bertindak menyiarkan sindiket ini supaya memberi peringatan kepada orang ramai.
Media Terkini cuba mencari di internet , manalah tahu ramai yang pernah mengalami perkara seperti ini.Kami terjumpa satu pengakuan mangsa yang mengalami kejadian seperti ini. Kami sempat melayari sebuah website: www.isuhangat.net. Walaupun perkara ini dah lama berlaku,tetapi masih menular ke hari ini. Media Terkini berharap agar dengan penyiaran cerita ini, akan memberi manfaat pada kita  semua.
Ikuti pengalaman tersebut:

"Aku ingin menyebarkan cerita dari pengalaman sahabat ku Khairul yang terkena pukau mayat agar kita sentiasa peka dan awas dengan niat jahat pengamal durjana ini dan semoga dengan kejadian ini kita sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam hidup harian kita agar dijauhkan dan dilindungi dari niat jahat orang seperti nya.

Kejadian berlaku pada 21hb November 2009 bertempat di kawasan letak kereta bangunan KLCC.
Retetan kejadian seperti diceritakan oleh isteri Khairul

Sabtu 21hb jam 1:00 tghri

Khairul ke pejabat nya di KLCC untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan, setelah kerjanya beres jam 6:30ptg Khairul ke ATM untuk mengeluarkan wang dan selepas itu pergi minum minum dengan kawan kawan nya sebelum bergegas turun untuk ke keretanya yang terletak di bangunan KLCC untuk pulang kerumah . Ketika menghampiri kereta nya, dia didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin menukar wang kecil untuk membayar parking . Dalam ketika itu lah lelaki itu memulakan niat jahat nya untuk memukau dengan menepok belakang Khairul tanda terima kasih nya setelah dapat menukar wang kecil.
Berikutan kejadian itu Khairul terus tidak ingat apa yang berlaku disekelilingnya seolah olah dia hilang ingatan dan seperti orang bingai

Usaha untuk menghubungi Khairul oleh isteri nya Zura tidak berjawab hanya jawapan voice mail yang diulang berkali kali di terimanya , tanpa menduga apa yang terjadi pada suami nya lagi pon suami nya sering pulang lewat kerana berjumpa dengan klien nya atas urusan kerja Zura pon melelapkan mata sambil menidurkan putri kesayangan mereka.

Ahad 22hb November 2009.
Pagi itu setelah bangun dari tidur Zura terkejut kerana suaminya masih belum pulang dan tiada khabar berita yang diterima dari Khairul. Puas Zura hubunginya namun hanya voice mail yang diterima. Tanpa syak apa apa perkara buruk berlaku keatas suaminya Zura cuba menghubungi rakan rakan dan kenalan Khairul untuk memastikan suami nya selamat dan setelah hampir tengahari Zura cuba menghubungi Hospital2 untuk memastikan suaminya tidak mendapat apa apa kecelakaan.

Lewat petang masih tiada apa apa berita dari Khairul cuma sekali sekala sms dari telepon bimbit nya masuk mengatakan bateri nya ¡®kong¡¯ namun untuk menghubungi nya masih gagal untuk memastikan Khairul dalam keadaan selamat. Keadaan ketika itu menjadikan Zura , rakan rakan dan kerabat kerabat Khairul gusar dan gelisah takut ada masaalah besar berlaku pada Khairul.

Jam 10:00 malam satu laporan Polis telah dibuat setelah segala usaha untuk menghubungi Khairul gagal dan menemui jalan buntu. Dalam pada itu saudara mara Khairul berusaha mencari orang orang yang ¡®pandai¡¯ dalam hal hal ghaib untuk cuba mencari Khairul dengan cara kepakaran tersendiri.
Jam 11:30 mlm Zura mendapat sms mengatakan Khairul dalam perjalan balik dan berada di kawasan Shah Alam , namun usaha untuk menghubunginya masih gagal dan buntu.

Jam menunjukan 2:00 pagi namun Khairul masih belum balik, Zura pon naik keatas untuk melelapkan mata setelah lama menunggu . Dalam pada itu Zura masih tidak dapat melelapkan matanya sepenuhya mengenangkan nasib suaminya sepanjang hari dan masih menaroh harapan kepulangan Khairul.

Tiba tiba jam 2:30 pagi kereta Khairul muncul dihadapan pagar rumahnya, Zura yang dari tadi tidak dapat melelapkan matanya menjenguk dari tingkapnya agar suaminya keluar dari kereta namun setelah hampir 5 minit Khairul masih tidak kelihatan .Dengan rasa cuak dan takut kalau kalau ada orang lain dalam kereta Khairul, Zura dengan dibantu oleh ibu nya turun untuk mendapatkan Khairul yang masih didalam kereta.

Alangkah terperanjatnya kedua beranak itu setelah pintu kereta dibuka keadaan Khairul menggeletar , pucat lesi dan membisu seolah olah dalam kebingungan. Khairul dipapah kedalam rumah masih dalam kebingungan , tidak bermaya dan membisu. Zura memberitahu saudara maranya atas kepulangan Khairul. Malam itu setelah dimandikan Khairul dapat lelap tapi masih bingai dan tidak kenal orang.

Isnin 23hb November 2009
Zura membawa Khairul berjumpa dengan seorang ustaz untuk dipulihkan , setelah dirawat dan dipulihkan baru lah Khairul kembali ke keadaan seperti dia. Namun apabila ditanya apa yang terjadi pada dia selama ini, Khairul mengatakan dia tidak ingat apa apa cuma dia ingat waktu keadaan di parking KLCC ketika dia dihampiri oleh seorang lelaki kurus tinggi berkulit gelap.

Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Sungguhpon wang RM1000 Khairul lesap namun dari segi logiknya masa kan kereta dan telepon bimbit Khairul tidak di ambil oleh pemukau itu. Zura dan keluarga bersyukur kerana dapat Khairul kembali seadanya dari tindakan cepatnya, berdoa dan dengan pertolongan dan kuasa Allah. Apa akan dan telah terjadi pada mangsa mangsa zombies yang lain ?????? hilang tanpa di kesan.

OLEH ITU AMBIL LAH IKTIBAR DAN AWASI LAH SETIAP LANGKAH KITA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA PEMUKAU MAYAT SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN ZOMBIES.

Dari pengalaman ngeri yang Khairul hadapi diatas maka disarankan agar kita jangan tinggalkan solat dan usahakan apa apa ayat pendinding dan amalan amalan doa harian agar ianya tidak terjadi pada orang yang kita kasihi. (sumber: isuhangat.net).
Read More ...



Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.
Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.
Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.
nenek baby
Read More ...


KEPONG - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat. Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya. Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya. “Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka,” katanya ketika ditemui, malam kelmarin. Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan. Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama. Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk. Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah. “Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian,” katanya. Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu. Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental.
Read More ...


Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:

i. Ia bertindak menghilangkan bengkak.

ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.

iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.

iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.

v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,

vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,

vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”
Read More ...






RANTAU PANJANG – Gara-gara menitis gam yang mana bekasnya menyerupai sejenis cecair pencuci mata, seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun terpaksa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Pasir Mas kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.

Suzita Zakaria, 29, berkata, anak bongsunya itu pernah melihat dia menggunakan cecair untuk dititiskan ke matanya dan yakin anaknya meniru perbuatannya.

Menurutnya, pada malam kejadian tersebut, anaknya mengambil gam di atas dinding kayu rumah ibunya dan terus menitikkannya ke mata.

“Apabila melihat Muhammad Almuhaimi mengambil bekas gam, saya segera mendapatkannya untuk menghalangnya daripada menitik gam ke dalam mata, tetapi gagal.

“Titisan gam tersebut menyebabkan mata kanannya tidak dapat dibuka dan dia menangis tanpa henti, sehingga memaksa kami membawanya ke klinik swasta di pekan Rantau Panjang,” katanya kepada pemberita.

Suzita berkata, doktor di klinik swasta kemudian memintanya menghantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, dengan bantuan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Muhamad Almuhaimi dibawa ke hospital.

“Saya bersyukur kerana selepas mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Pasir Mas, anak bongsu saya sudah boleh membuka matanya,” katanya.

Suzita berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga berada di rumah ibunya di Kampung Kok Pauh.

Menurutnya, di kediamannya, dia akan menyimpan barangan merbahaya serta tajam di tempat selamat kerana sedar anak bongsunya lasak dan aktif dan bimbangkan keselamatannya.

Suami Suzita, Mohd Fadli Muhammad, 29, berkata, perkara ini diharapkan menjadi pengajaran untuk semua ibu apa agar perkara sama tidak berulang kepada mereka.

Menurutnya, selama ini dia dan isteri sentiasa berhati-hati kerana sedar anaknya aktif.

“Saya bersyukur anak kami selamat, dan berharap ibu bapa supaya mempunyai tempat khusus menyimpan barang tajam serta berbahaya,” katanya.
Read More ...





Dr. Hasan Abdul Rahman


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Pengamal perubatan dinasihatkan supaya tidak mengamalkan terapi ozon dan chelation (mengenyahkan logam berat dalam badan) sebagai kaedah rawatan untuk pesakit kerana tiada bukti ia mampu merawat sebarang penyakit.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas majlis berkenaan mengadakan perbincangan mendalam serta memperoleh maklumat saintifik dari dalam dan luar negara.

"Tiada bukti yang menyokong penggunaan terapi itu dapat memberi sebarang kesan berfaedah kepada pesakit yang menjalaninya.

"Kajian lanjut masih perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan juga keselamatan terapi berkenaan kepada pesakit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, terapi itu tidak seharusnya digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan sehingga dibuktikan ia mendatangkan faedah kepada pesakit.

Hasan seterusnya menasihatkan orang awam supaya tidak menjalani terapi itu dan sebarang risiko berkaitan rawatan tersebut harus ditanggung sendiri.

Read More ...




ASAHAN – Sepasang adik-beradik perempuan berusia 7 dan 9 tahun, dibelasah bapa angkat mereka gara-gara cuba melakukan aksi sumbang setelah dikatakan terpengaruh adegan video lucah yang pe rnah ditonton
.

Kejadian itu berlaku di Kampung Relau, di sini, Rabu lalu dan kes berkenaan kemudiannya dimaklumkan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN Melaka) yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka.

Sebaik menerima aduan berkenaan, beberapa kakitangan JKM diketuai Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM Melaka, Zamzuri Mohamad ke rumah terbabit, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Menurut Zamzuri, pihaknya dimaklumkan ibu kandung kanak-kanak terbabit yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, sebelum kejadian itu dia terlihat dua anaknya itu melakukan aksi tidak senonoh tanpa pakaian di dalam bilik.

Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi keluarga angkat anaknya yang ketika itu berada di Mentakab, Pahang.

“Berang dengan perlakuan anaknya itu, bapa angkatnya yang berusia 28 tahun memukul mereka berdua dengan rotan sehingga mendatangkan kesan lebam di beberapa bahagian termasuk lengan, paha dan belakang badan.

“Bagaimanapun, berdasarkan pengakuan kanak-kanak terbabit, mereka akui dipukul disebabkan perlakuan negatif yang dilakukan atau kita rumuskan sebagai melakukan adegan ciuman sesama jenis,” katanya kepada Sinar Harian.

Turut sama, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Jelas Zamzuri, menerusi siasatan, ibu terbabit mempunyai tiga anak perempuan berusia 3, 7 dan 9 tahun.

Menurutnya, anaknya yang berusia 9 tahun diberikan hak penjagaan kepada pasangan keluarga angkat sejak lebih setahun lalu dan mereka adalah rakan baiknya. kepada wanita berkenaan.

“Sebelum kejadian, kami difahamkan dua adik-beradik ini pernah beberapa kali melakukan aksi sumbang sejak lebih setahun lalu, gara-gara beberapa kali menonton video lucah bersama adik-beradik tirinya sebelum ini.

“Jadi tindakan bapa angkat mereka ini mungkin disebabkan terlalu marah dan gagal mengawal perasaan. Ini kali pertama dia memukul kanak-kanak terbabit,” katanya.

Zamzuri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(1)(b) kerana mendatangkan kecederaan fizikal dan jika sabit kesalahan, pihak JKM boleh mengajukannya kepada polis.
Read More ...






SEORANG lelaki di Greece membakar dirinya di hadapan sebuah bank di utara bandar Thessaloniki

Lelaki berumur 55 tahun itu sebelumnya menjerit menyatakan bahawa dirinya dibelenggu hutang sambil menyiram seluruh badannya dengan minyak petrol Sabtu lalu.

Menurut pihak Polis, ini merupakan cubaan ketiga dilakukannya untuk mencederakan diri dengan cara demikian.

Lelaki itu pernah membakar dirinya sebelum ini dan mengalami kecederaan akibat terbakar 15 bulan yang lalu, selepas mengadu tidak dapat membayar hutangnya akibat kegagalan dalam perniagaan yang diusahakannya.

Pihak Polis menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang marak di tubuh lelaki tersebut. Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital dan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.-free malays.blogspot
Read More ...





RAWANG – “Dia pernah mengakui kepada saya tiga kali malaikat datang untuk mencabut nyawanya, tetapi tidak jadi selepas dia minta tangguh sebab hendak selamatkan ramai lagi umat Islam (ke jalan be nar).”

Demikian antara pengalaman penduduk pernah dipujuk sendiri oleh pengasas Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit untuk menyertai kumpulan terpesong dari ajaran Islam itu, yang tidak dapat dilupakan.

Penduduk hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia mesra memanggil pengasas kumpulan terbabit yang bertapak di Kampung Melayu Batu Arang itu sebagai ‘Wak’ seperti kalangan masyarakat kampung.

“Saya dan Wak agak rapat kerana bekerja di satu tempat kerja yang sama iaitu di kilang buat peluru di Batu Arang pada 1974. Pada masa itu Wak bekerja sebagai ‘foreman’ baik dengan semua seperti biasa.

“Sejak 90-an, dia (arwah) yang berumur sekitar 50-an ketika itu dan berasal dari Tanjong Karang sudah menuntut ajaran itu di Gombak sebelum menjadi pengasas ajaran berkenaan bermula di kampung ini,” katanya.

Menurut Mohamad, Wak yang meninggal dunia sekitar lima tahun lalu pernah memujuknya beberapa kali supaya menuntut ilmu terbabit di Gombak, tetapi ditolak baik dengan alasan mempunyai komitmen lain.

Katanya, terdapat juga rakan-rakan dari Batu Arang cuba menjadi pengikut ajaran berkenaan, tetapi tidak tahan dengan masa ‘pengajian’ pada tengah malam hingga awal pagi.

“Ada kawan-kawan (kilang) kata tidak tahan kerana waktu kelas sedemikian, kemudian 7.30 pagi perlu masuk kerja semula. Jadi ramai yang lari.

“Namun ada segelintir terpengaruh sebab dijanjikan ia adalah jalan betul untuk mencari akhirat iaitu masuk ke syurga,” katanya.

Menurut Mohamad, bagaimanapun berikutan ajaran menjadi bualan ketika itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah membuat pantauan beberapa tahun selepas kewujudannya bertapak di kampung tersebut.

“Sekarang daripada maklumat kita terima, salah seorang menantu lelaki Wak daripada 13 anaknya, menyambung ‘tugasnya’ untuk menyebar ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, penduduk tidak membuat aduan rasmi walaupun sedar kegiatan dilakukan kumpulan terbabit.

“Jika tidak silap sudah dua kali serbuan ke rumah itu, malah pihak Jais pun sudah pantau.

“Selepas itu kita tidak dengar sebarang cerita, namun baru-baru ini isu itu (ajaran sesat ) kembali diketengahkan,” katanya.

Mohamad juga mengesahkan kelas ‘pengajian’ ada dijalankan di markas utama ajaran tersebut.

Katanya, aktiviti diadakan di ruang surau markas dihadiri kira-kira 20 pengikut pada satu-satu masa.

“Dua kali setiap minggu terdapat orang akan ‘mengaji tarikat’ di situ yang sering diadakan sekitar jam 1 pagi hingga jam 4 pagi. -sinarharian

“Mereka yang datang bukan calang-calang orang kerana menggunakan kereta besar-besar dan kebanyakannya orang luar dan bukan penduduk tempatan," katanya.
Read More ...


TEMERLOH - Rizab Hutan Simpan Krau berkeluasan 62,000 hektar bakal dibangunkan menjadi lembah harimau yang merupakan satu lagi produk pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan itu dan RM3.2 juta daripadanya digunakan untuk membina pagar serta kemudahan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2014.

Menurutnya, produk pelancongan terbaru terbabit diyakini akan menarik lebih ramai pelancong terutama luar negara untuk berkunjung ke kawasan itu.

“Sejak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dibuka, ramai pelancong tempatan dan luar negara datang untuk melihat gajah secara dekat.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 140,000 pelancong membabitkan lebih 90 negara datang ke Kuala Gandah,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemeliharaan dan Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Lanchang, di sini.

Beliau berkata, lembah harimau itu sangat menarik kerana pelancong bukan sahaja dapat melihat harimau itu secara dekat, malah menikmati alam semula jadi hutan simpan masih dara itu.

Menurutnya, pelancong juga akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis pokok dan herba yang dipelihara untuk dijadikan bahan perubatan.

“Kita mahu menjadikan Kuala Gandah bukan sahaja sebagai pusat pelancongan antarabangsa, malah tempat rawatan dan pembiakan gajah. Sejak ia dibuka, sebanyak 682 gajah tercedera sama ada disebabkan binatang buas atau pemburu haram dirawat di pusat ini.

“Banyak anak gajah kudung kaki, ekor dan sebagainya. Selepas dirawat di pusat ini, haiwan itu semakin sihat dan keselamatan juga terjamin,” katanya.-sinarharian
Read More ...




SUNGAI PETANI - “Saya diliwat dua kali, kali pertama di atas siling asrama dan kali kedua pada bulan puasa di tandas asrama,” begitulah pengakuan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika ditemu bual Sinar Harian semalam.

Kanak-kanak terbabit menjadi mangsa liwat seorang rakan asramanya sebelum bulan puasa dan pada 20 Ogos lalu dan kini ditempatkan di

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk siasatan lanjut.

Menurut ma n gsa, k ali pertama dia diliwat oleh rakannya itu di atas siling asrama setelah dipaksa naik ke tempat itu yang difahamkan diletakkan tilam.

“Siling asrama pecah dan ini membolehkan rakan terbabit naik ke atas siling itu. Saya dipaksa naik ke atas siling ketika rakan-rakan lain menonton televisyen.

“Kali kedua, semasa saya membasuh pakaian di bilik air, rakan itu memanggil saya ke tandas dan memaksa saya tanggalkan seluar serta mengugut supaya saya tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Ibu mangsa pula berkata, anak keduanya itu memberitahu diliwat ketika dia pergi ke sekolah anaknya kerana sering berasa runsing selepas menghantar mereka pulang ke sebuah asrama anak yatim di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, gerak hatinya yang tidak dapat melelapkan mata pada Ahad lalu membawanya pergi ke sekolah keesokan harinya (Isnin) untuk bertanyakan khabar anaknya itu.

“Saya terkejut apabila anak saya mengaku diliwat tanpa rela oleh rakan asramanya sambil menangis. Dia juga memberitahu saya bahawa dia tidak mahu pulang semula ke asrama anak yatim terbabit kerana takut.

“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Selepas itu terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Cheang ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan.

Aik Cheang berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan dan suspek direman.

“Sementara ini kita menunggu laporan daripada pihak hospital bagi membantu siasatan dan suspek direman sehingga 12 September ini,” katanya.

Pengarah HSAH, Dr Harif Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi berkata, mangsa ditempatkan di Wad Bunga Raya 1 HSAH dan masih dibawah pemeriksaan doktor.

“Pihak kita menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Untuk sementara waktu ini kita menunggu hasil pemeriksaan.

“Selepas itu, kes ini akan diserahkan kepada Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, penyelia asrama anak yatim berkenaan yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, setakat ini pihaknya mengambil tindakan terhadap suspek dengan gantung asrama selama sebulan sementara siasatan dijalankan.

“Sekiranya didapati bersalah, pihak kami tidak akan membenarkan suspek ditempatkan di asrama ini lagi,” katanya.-sinarharian
Read More ...


KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.

Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.

"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.

"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.

"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.

Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.

"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.-utusanmalaysia.

Read More ...

IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.
“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.
“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.
Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.

Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.
“Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

“Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.
Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

“Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.
“Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.
Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

“Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya.
“Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.
“Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.
Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.
Read More ...