....

.

.
.


Sabah. Datuk Dr. Jeffery G.Kitingan terus menjadi bualan dan sokongan dikalangan anak anak watan dan rakyat Sabah yang sejati tanpa mengira bangsa dan agama demi masa depan negeri Sabah, dalam pelbagai tekanan politik terhadap Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan masa kini rakyat asli dalam negeri ini terus memberi sokongan apabila gabungan parti parti pembangkang terus bersatu dalam persediaan mereka bagi menghadapi pilihan raya ke 14 akan datang. Beberapa parti politik tempatan Sabah juga dilaporkan berusaha mendampingi Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan kearah memperkasa perjauangan mereka bagi mendapat sokongan rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dalam negeri ini, selain dari itu ramai bekas ahli ahli politik tempatan Sabah berkerjasama dengan Datuk Dr. Jeffery Kitingan kearah mendampingi pelbagai lapisan rakyat sebagai permulan mereka menghadapi pilihan raya ke 14 dijangka 2018 agar mampu mendapat undi yang terbaik. Demikian pendedahan beberapa penyokong kuat Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dalam pertemuan Akbar Media Terkini sebagai menjelaskan perkembangan senario politik beberapa parti pembangkang tempatan dalam Sabah sejak lebih setahun lalu, namun menurut beberapa penyokong kuat Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan setakat berita ini ditulis belum ada tanda tanda parti pembangkang merumuskan persefahaman bagi menghadapi kompenen BN dalam pilihan raya ke 14 akan datang kearah mendapat undi pihak rakyat jelata. Dalam tinjauan Akbar Media Terkini sekitar negeri  Sabah sokongan terhadap perjuangan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan jelas meningkat tinggi namun ada juga rakyat jelata keciwa terhadap beberapa ahli politik beliau diperingkat bahagian enggan menerima pelbagai pandangan rakyat jelata, malah rakyat penyokong perjuangan Parti parti gabungan tempatan Sabah yang ditemui mencadangkan agar pemimpin bahagian yang tidak mahu ditegur rakyat jelata diganti dengan pemimpin baru dan boleh berjuang bersama rakyat Sabah ujar mereka. Parti mana sekalipun yang mendapat undi terbanyak pada PRU ke14 akan datang bukan lagi satu persoalan atau tanda tanya dikalangan orang orang politik Sabah malah orang ramai bagai mula mengatur halatuju para pemimpin diperingkat bahagian, terpulanglah kepada para ahli ahli parti politik tempatan Sabah bagi mereka menentukan jentera yang mendapat sokongan padu seluruh daftar pemilih disetiap bahagian jika mengharap kemenangan sebagai pembentuk kerajaan negeri Sabah yang berintegriti jelas mereka. Oleh Jasly Dol


Categories: