....

.

.
.

Artis baru yang sedang meningkat naik  Azura Pedora baru saja melancarkan  album barunya  berbentuk kerohanian . Majlis  telah berlangsung dengan  jayanya. Berikut temuramah kami dengan beliau:



Media:  Di mana album ini dirakamkan & mengapa bertukar konsep kerohanian?

Azura:  Pengurusan ZBH@ Music , Denzai telah ,mengaturkan pembikinan lagu lagu terbaru saya di Bandung oleh kerana Projeck Album Kerohanian ini di gabungkan oleh 4 artise, saya dari Malaysia, Deiwta Wiwiek darin Singapura, El Jabar & Adik Balqis dari Bandung Indonesia.  Sebelum Denzai process pembikinan lagu lagu saya dia telah mensyorkan agar untuk singles seterus bertukar konsep kerohanian dan saya pun bersetuju.

Media:  Dengar khabar pra-promosi telah di adakan di Bandung semasa rakaman lagu lagu ini dan siapakah pencipta lagu lagu ini?

Azura:  Yup, pra-promosi telah di ada kan di Bandung melalui akhbar, & online tabloid and TV.  Lagu;  Ikatan Kasih di cipta oleh Denzai & Cucun Zakaria & Lirik sepenuhnya oleh Denzai ZBH.  Untuk Lagu Atas Kehendak Mu, lagu & lirik di usahakan bersama oleh Denzai ZBH & Cucun Zakaria.

Media:  Mengapa pelancaran di adakan di Kip Mart Kota Tinggi & tidak di tempat exclusive?

Azura:  Pihak pengurusan sebenarnya telah mengusulkan pada Kip Mart dan Pejabat Dearah Kota Tinggi sebelum album ini di hasilkan untuk berbuat kerja amal membantu keluarga yang benar benar memerlukan bantuan.  Dari situ datangnya ideas event "Kita Kasije" dengan kerjasama Kip Mart Kota Tinggi, Pejabat Dearah Kota Tinggi dan NGO NGO di Kota Tinggi Johor.  Di event ini para pengunjung yang menderma minima RM10 ke tabung NGO "Kita Kasije" akan mendapatkan CD Ikatan Kasih secara percuma.  Alhamdulilah dalam masa sejam perlancaran album ini sebanyak lebih dari 40 CD telah di berije pada mereka yang menderma.  Saya lihat ada yang menyumbangkan derma Rm50, RM20 ke tabung itu, alhmadulilah.

Media:  Selepas ini kemana lagi arah promosi Azura untuk album ini?

Azura:  Yang dah confirmed, 28 Jan 2017 hingga 31 Jan 2017yang lepas  kami telah ke Jakarta melanjutkan promosi di Radio & TV di sana.  Kami juga akan membuat video Kilp lagu Ikatan Kasih di sana atas permintaan pihak media TV di sana.  Di Singapura, pihak pengurusan masih berbincang dengan pihak di sana untuk date yang sesuai.

Media:  Para pendengar di Malaysia sudah boleh meminta lagu lagu ini di Radio?

Azura:  Ya sudah pun di siarkan di JohorFM, Radio Radio RTM yang lain, SuriaFM, IkimFM, di Singapura Radio RiaFM and Radio WarnaFM.

Media:  Tahniah Azura, walau dalam senyap tapi aktif dengan lagu lagu setiap tahun dari album Kita Ke Akhirnya hingga kini telah menyebarkan bakat di negar negara luar, Perth, Australia, Singapura, Brunei dan kini di Indonesia setelah berjaya dengan lagu "Hey Cinta!" & lagu Raya "Tingkah Aidilfitri".

Azura:  Alhamdulilah, terimakasih dengan sokongan media semua hingga ke hari ini - "Atas Kehendak Mu"

Categories: