....

.

.
.

    KOTA BELUD. Pengalaman hampir 20 tahun menjadi Setiausaha PBS Bahagian Kadamaian mendorong ahli ahli PBS Diperingkat cawangan mencadang Daimin Sulukan (Gambar) memjadi Ketua PBS Bahagian dalam pemilihan dijadual hujung bulan Sept 2015, selain memiliki pengalaman memimpin masyarakat berbilang kaum beliau juga mendapat kepercayaan dari Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan semua AJK Pusat PBS serta dikenali ramai oleh pemimpin Barisan Nasional Sabah dari pelbagai kaum dan agama.  Daimin Sulukan yang kini menyandang jawatan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kadamaian merupakan yang terbaik pilihan rakyat Kadamaian menjadi Ketua Bahagian PBS bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang, tidak hairan lah ahli ahli PBS setia DUN Kadamaian mengharapkan sokongan dari semua perwakilan PBS Cawangan bagi memilih Ketua dan AJK Bahagian semasa mesyuarat Agong kawasan Dun Kadamaian agar mampu menawan hati pengundi yang menyokong parti pembangkang pada PRU Ke13 yang lepas ujar mereka. Media Terkini yang meninjau Parlimen Kota Belud dimaklumkan majoriti pimpinan UMNO setempat kerap melawat kawasan DUN kadamaian sejak Daimin Sulukan menjadi PPM kawasan Kadamaian bagi mewakili kauta PBS, Malah ahli ahli UMNO Parlimen Kota Belud yakin Daimin Sulukan mampu mengembalikan sokongan rakyat Kadamaian jika PBS memberi ruang Daimin Sulukan menjadi Ketua Bahagian selepas pemilihan PBS kawasan tersebut tegas mereka. Oleh. Jopis Anak Lagau

Categories: