....

.

.
.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Kepada Seluruh Rakyat Yang Mengenali Kami Walau Dimana Juga Berada. Sama Sama Kita Mempertingkatkan Ekonomi Serta Memelihara Perpaduan Demi Keharmonian Hidup Sepakat. Daripada, 1. Haji Ghulabdin Enjih 2. Lukin Taliban 3. Serikun Singkutung 4 Marino Ahmad
Read More ...

 SABAH. Beberapa bekas tentera Malaysia yang kini bertugas sebagai pegawai keselamatan dinegeri ini merasa keciwa deangan sikap warga asing yang sombong dan angkuh setiap memasuki pintu bangunan yang dikawal bekas tentera, malah ada dikalangan warga asing baru memegang kad pengenalan merah sudah mengaku tahu undang undang keselamatan negara Malaysia tanpa hormat bekas bekas Tentera yang berkawal. Selain dari itu motif kedua warga asing yang biadap dan angkuh adalah ugutan halus agar pengawal keselamatan rasa takut dan lari tugas supaya rakan orang asing mengganti tugas seperti beberapa bangunan kompleks membeli belah yang dikuasai mereka masa kini, malah kes seumpama bukan perkara baru malah telah bertahun lamanya sehingga penduduk asli Sabah tidak lagi berani menjadi pengawal keselamatan dalam negeri mereka sendiri. Bekas bekas tentera yang bertugas sebagai pegawai keselamatan meminta pihak berkuasa agar membatalkan kad pengenalan merah bagi yang bongkak dan sombong agar sedar kesalahan mereka dari masa kesemasa, jika tidak golongan warga asing akan terus berusaha menakutkan anak watan tempatan Sabah demi menguasai pasukan keselamatan swasta demi mendapat perlindungan dari buruan pihak berkuasa tempatan bila memakai pakaian syarikat keselamatan ujar mereka. Oleh. Jasly Dol  Sebahagian   Gambar rumah menjadi perlindungan warga asing dipelusuk Sabah.
Read More ...

Hidup Miliki Keajaiban
Ranau. Bermula dari pelbagai mimpi pelik hampir setiap hari dalam kehidupan yang nyata telah memberi keyakinan agar  bertawakal pada Tuhan pemerintah seluruh alam agar memperolehi kurnia reziki dari TUHAN walau dimana juga kita berada, bukan itu sahaja jika kita yakin kekuasaan Tuhan sebilangan besar hajat yang di idam idamkan sepanjang meniti kehidupan pasti Tuhan akan perturunkan walau dengan pelbagai cara sama ada susah mahupun senang pasti akan datang dalam kehidupan. Antara lain yang berjaya diperolehi ialah RATU DEWI BORNEO sejenis batu hidup yang kadangkala bergerak sendiri bila ada sesuatu keperluan atau tetamu yang baru datang kerumah, selain dari Batu Hidup sejenis PIdah Lama (parang ajaib) juga turut menjelma didalam mimpi sebelum diperolehi dari seseorang  sebagai pelengkap dalam cahaya reziki kehidupan bersama keluarga. Kejadian pelik ini tidak berhenti sampai kehari ini asal ada kemahuan bergerak keluar rumah pasti akan menemui pelbagai benda ganjil secara spontan tak mengira masa kemunculan segala objek berkenan, namun bukan senang memelihara segala kisah benar yang ditemui jika kurang memahami sistem penjagaan  semua khazanah yang diperolehi agar mampu memberi manafaat pada yang memerlukan. Kebanyakan khazanah ganjil yang ditemui berkisar dari mimpi sebelum menemui pelbagai khazanah berkenaan secara nyata namun setakat berita ini ditulis belum ada niat untuk memperdagangkan nya, sebaliknya lebih ramai masyarakat behajat memohon pertolongan jika mendapat restu dari pendamping RATU DEWI BORNEO yang dikatakan ajaib mampu bergerak sendiri. Pendedahan Mamai Gambun Somudin @ Somuding dalam temubual Media Terkini Online sebagai menjelaskan semua yang dialami serta berjaya diperolehi bentuk khazanah ganjil dalam hidupnya. Malahan dalam kepayahan menjalni hidup setiap hari dimasa lampau Tuhan pemerintah seluruh alam telah mampu membuktikan betapa kesabaran itu telah ditebus dengan kesempurnaan kehidupaan jelasnya. Gambun Somudin @ Somuding yakin semua lapisan masyarakat memiliki kepercayaan masing masing namun semua nya kembali pada kuasa Tuhan tanpa ada keraguan, sebaliknya cabaran yang paling utama adalah memburu sebilangan khazanah ganjil yang diselerak oleh Tuhan sebagai pencarian hamba yang bersyukur agar memberi kesempurnaan kehidupan, bagi mereka yang masih perlukan pedoman kearah penerokaan apa juga khazanah alam yang terlalu sukar ditembusi boleh meminta pandangan dari sesiapa juga yang mematuhi petuanya atau dail talian 0168232898 waktu pejabat sahaja. SMS tidak dilayan.
Read More ...

Selamat Menyambut Hari Natal 2015 Dan Tahun Baru 2016. Kepada Seluruh Rakyat Yang Mengenali Kami Walau Dimana Juga Berada. Sama Sama Kita Mempertingkatkan Ekonomi Serta Memelihara Perpaduan Demi Keharmonian Hidup Sepakat Sepanjang Masa. Daripada, 1. Sabin Sinteh 2. Daimin Sulukan 3. Edward Yapp 4. James Rubinsin Kotulai  
Read More ...

Selamat Menyambut Krismas 2015 Dan Tahun Baru 2016. Kepada Seluruh Rakyat Sabah Khususnya DUN Bingkor Dan Parlimen Keningau Amnya. Sama Sama Lah Kita Memupuk Perpaduan Demi Masa Depan Tanah Air Kita.  Daripada, Datuk Dr. Jeffery Kitingan  Wakil Rakyat DUN Bingkor Dan Pengurusi STAR Sabah Serta Keluarga.
Read More ...


Sabah. Datuk Dr. Jeffery G.Kitingan terus menjadi bualan dan sokongan dikalangan anak anak watan dan rakyat Sabah yang sejati tanpa mengira bangsa dan agama demi masa depan negeri Sabah, dalam pelbagai tekanan politik terhadap Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan masa kini rakyat asli dalam negeri ini terus memberi sokongan apabila gabungan parti parti pembangkang terus bersatu dalam persediaan mereka bagi menghadapi pilihan raya ke 14 akan datang. Beberapa parti politik tempatan Sabah juga dilaporkan berusaha mendampingi Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan kearah memperkasa perjauangan mereka bagi mendapat sokongan rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dalam negeri ini, selain dari itu ramai bekas ahli ahli politik tempatan Sabah berkerjasama dengan Datuk Dr. Jeffery Kitingan kearah mendampingi pelbagai lapisan rakyat sebagai permulan mereka menghadapi pilihan raya ke 14 dijangka 2018 agar mampu mendapat undi yang terbaik. Demikian pendedahan beberapa penyokong kuat Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dalam pertemuan Akbar Media Terkini sebagai menjelaskan perkembangan senario politik beberapa parti pembangkang tempatan dalam Sabah sejak lebih setahun lalu, namun menurut beberapa penyokong kuat Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan setakat berita ini ditulis belum ada tanda tanda parti pembangkang merumuskan persefahaman bagi menghadapi kompenen BN dalam pilihan raya ke 14 akan datang kearah mendapat undi pihak rakyat jelata. Dalam tinjauan Akbar Media Terkini sekitar negeri  Sabah sokongan terhadap perjuangan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan jelas meningkat tinggi namun ada juga rakyat jelata keciwa terhadap beberapa ahli politik beliau diperingkat bahagian enggan menerima pelbagai pandangan rakyat jelata, malah rakyat penyokong perjuangan Parti parti gabungan tempatan Sabah yang ditemui mencadangkan agar pemimpin bahagian yang tidak mahu ditegur rakyat jelata diganti dengan pemimpin baru dan boleh berjuang bersama rakyat Sabah ujar mereka. Parti mana sekalipun yang mendapat undi terbanyak pada PRU ke14 akan datang bukan lagi satu persoalan atau tanda tanya dikalangan orang orang politik Sabah malah orang ramai bagai mula mengatur halatuju para pemimpin diperingkat bahagian, terpulanglah kepada para ahli ahli parti politik tempatan Sabah bagi mereka menentukan jentera yang mendapat sokongan padu seluruh daftar pemilih disetiap bahagian jika mengharap kemenangan sebagai pembentuk kerajaan negeri Sabah yang berintegriti jelas mereka. Oleh Jasly Dol

Read More ...