....

.

.
.





LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.

Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

“Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

“Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital” katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan ‘sakit’ sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

“Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan” kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.sinarharian.
Read More ...


Rogol di pusat karaoke

AYER KEROH - Seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan agama di Bukit Lintang, dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana merogol seorang remaja di bawah umur sebanyak dua kali, Jun lalu.

Remaja berusia 17 tahun dan menetap di Merlimau itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muzila Mohamed Arsad.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia telah merogol seorang perempuan berusia 15 tahun 6 bulan di sebuah pusat karaoke di Dataran Pahlawan Melaka Megamall kira-kira jam 3 petang pada 15 Jun 2011.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh merogol mangsa yang sama di pusat karaoke di kompleks beli-belah Mahkota Prade kira-kira jam 11.40 pagi pada hujung Jun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd Kudus yang mengendalikan kes berkenaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh memohon wang :jaminan dikurangkan kerana dia berasal daripada keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik ramai, selain masih perlu lagi hadir ke sekolah.

Muzila kemudian membenarkan jaminan RM3,000 diberikan terhadap tertuduh dan turut menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan kes bagi mendengar laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan pada hari yang sama.-sinarharian.
Read More ...



Larangan jual Colour Crystal Ball

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

''Walaupun kandungan kimia dalam Colour Crystal Ball adalah pada tahap selamat namun masalahnya produk ini mampu mengembang 290 hingga 444 peratus selepas menyerap air selama dua jam.

''Ujian simulasi berdasarkan keadaan dan tahap asid perut pula mendapati ia boleh mengembang sebanyak 36 hingga 55 peratus dalam tempoh dua jam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rupa Colour Crystal Ball yang berwarna-warni dan menyerupai agar-agar sering mendorong kanak-kanak menelannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball akan mengalami tanda-tanda seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat dan yang paling serius usus pecah.

''Saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai produk ini supaya segera membuangnya, ia adalah berbahaya terutama terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun.

''Bagi peniaga pula, mereka tidak lagi dibenarkan menjual produk ini atau berdepan risiko denda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama di bawah Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata, pemantauan kementeriannya mendapati kebanyakan Colour Crystal Ball direka di Korea Selatan tetapi dikeluarkan di Jepun dan China.

''Malaysia bukan negara pertama yang melarang penjualan produk ini, Poland dan Itali telah mengenakan larangan sama pada tahun lalu.

''Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap pembekalan dan penjualannya kerana produk ini mudah menyebabkan kanak-kanak tercekik," katanya.-utusanmalaysia.

Read More ...




JEMPOL - Tindakan sekumpulan lelaki berjudi sambil bersantai minum air dekat sebuah bangsal belakang rumah di Felda Palong membawa padah apabila mereka dicekup dalam satu serbuan pada 23 Ogos lalu.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu, polis turut merampas daun terup dan wang tunai dipercayai digunakan sebagai wang taruhan perjudian.

Ketua Polis Da erah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, kesemua suspek yang menetap di Felda berkenaan berusia 46 hingga 65 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, tujuh suspek itu dikatakan tidak menyedari kehadiran pihak polis kerana terlalu leka berjudi.

“Suspek juga menyangka kedatangan sekumpulan lelaki berpakaian biasa itu (polis) hanya bertujuan mengutip hutang.

“Setelah memperkenalkan diri, barulah semuanya sedar dan tidak sempat melarikan diri kerana telah dikepong,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Mohd Sabri berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam bahawa segelintir penduduk kawasan itu terlibat dalam aktiviti perjudian.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara selama enam bulan sehingga dua tahun,” katanya.

Beliau turut menyeru orang awam untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung kegiatan haram itu.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes jenayah diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menerusi talian 06-4582222 atau balai polis terdekat,” katanya.-sinarharian.
Read More ...





HULU TERENGGANU - Akibat tidak tahan sakit gigi yang dialami sejak seminggu lalu, seorang buruh ditemui tergantung pada tali yang diikat pada kayu alang rumah.

Dalam kejadian yang berlaku di rumah sewanya di Kampung Pauh di sini pagi kelmarin, lelaki berusia 24 tahun berasal dari Kampar, Perak itu bertindak menggantungkan diri menggunakan tali nilon berukuran tiga sentimeter lebar.

Ketua Polis Daera h Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, dalam kejadian antara jam 6.30 pagi hingga 7 pagi itu, mangsa yang juga orang sekatan kerana terbabit dalam kes bunuh me ninggal dun ia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

“Mangsa dikatakan berdiri di atas sebuah kerusi lalu menjerut lehernya sendiri sebelum ditemui tergantung dalam bilik jahitan oleh isterinya lebih kurang jam 7 pagi pada hari kejadian.

“Isteri mangsa kemudiannya meminta bantuan adik lelaki dan adik iparnya untuk memotong tali serta menurunkan mangsa,” katanya.

Tengku Hamzah berkata, apabila mendapati mangsa masih lagi bernyawa, mereka membawanya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan, namun apabila tiba di bilik kecemasan doktor bertugas memberitahu mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa adalah orang sekatan di bawah EO/OD KAMJ 18845, Perintah Sekatan 31 Oktober 2009 hingga 30 Oktober 2011 iaitu selama dua tahun kerana terbabit dalam kes pembunuhan di Kampar, Perak.

“Isteri mangsa mendapati suaminya mengambil tindakan membunuh diri akibat terlalu kecewa selepas seminggu mengalami sakit gigi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata Tengku Hamzah, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes disifatkan sebagai mati mengejut.-sinarharian.
Read More ...




KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Polis mengenal pasti unsur cemburu sebagai motif Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, awal bulan ini.

Mohd Rafie Abdul Latif
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu dirumuskan hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang ditahan Sabtu lepas dan kini direman lima hari sejak semalam.

“Tangkapan membabitkan rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta tersebut. Motif dipercayai ada kaitan dengan cemburu dengan kekasih,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun yang mengenali mangsa itu dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut tersebut.

Mohd Rafie telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Mengulas kejadian simbah asid yang banyak dilapor kebelakangan ini, Khalid berkata polis memerlukan masa untuk menyelesaikan kes yang tidak mempunyai motif tertentu.

“Dalam lebih 20 kes penyimbahan cecair yang sedikit masa dahulu gemparkan kita... orang macam itu tak betul, ikut suka hati dia nak simbah sesiapa. Itu makan masa sedikit kita nak kenal pasti suspek,” katanya.
Read More ...




Kisah ajaib dan kebesaran tuhan ini terjadi di desa Cihanjuang Hilir, Parogong, Kabupaten Bandung, Jawa Barat. Seorang bayi yang sudah meninggal dan dikebumikan selama tiga hari digali dan diyatakan masih hidup oleh kedua orang tuanya, namun setelah diperiksa doktor bayi tersebut diyatakan meninggal dunia pada Sabtu pagi, yang mengherankan walaupun sudah meninggal tidak tercium bau.

Penduduk ampung Manglayang, desa Cihanjuang Hilir sempat heboh dengan khabar adanya bayi yang sudah meninggal hidup lagi di dalam kubur.

Hal ini terjadi ketika bayi dari buah hati pasangan rulli dan Yayah, yang lahir secara premature, meninggal diperjalanan menuju rumah sakit pada tarikh 13 Julai 2010, sebelum itu tidak ada keanehan pada saat bayi tersebut meninggal dan dikebumikan layaknya jenazah.

Namun pada malam Jumaat kliwon tarikh 16 Julai 2010 pukul 01’00 dini hari warga dan keluarga mendengar tangisan bayi, ketika ditelusuri ternyata suara tangisan tersebut berasal dari pemakaman umum yang hampir tidak jauh dari pemukiman warga.

Suara tersebut berasal persis dari makam bayi yang tesebut, lalu warga dan keluarga beramai ramai menggali kubur itu dan mendapati bayi yang sudah terkubur selama 4 hari, dengan keadaan masih ada tanda-tanda kehidupan, lalu bayi tersebut dibawa pulang kembali kerumah dan dibersihkan dari sisa- sia kotoran tanah.

Ibu bayi Yayah sempat menyusui dengan susu tambahan, bahkan bayi tersebut sempat menangis, dan buang air kecil. “Saya sempat memberi susu botol, anaknya menangis dan ngompol,” jelas Ibu Yayah.

Bayi tersebut sempat diperiksa bidan dari puskesmas dan sempat menyatakan bayi tersebut masih ada tanda-tanda kehidupan kerana nadi dari bayi itu masih berdetak, lalu bidan pun menyaran agar dibawa kerumah sakit.

Namun karena keterbatasan biaya akhirnya niat itu urung dan pada pagi tadi sekitar jam 08 “00 atas inisiatif kepala desa dipanggil pasukan doktor dari puskesmas tempatan untuk menyemak keadaan bayi tersebut dan doktor pun menyatakan bayi tersebut sudah meninggal.

Read More ...






ALOR GAJAH - Tindakan mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma bukanlah perkara baru di negeri ini, namun masalah berkenaan nampak tiada jalan penyelesaian apabila ia masih terus berlaku.

Biarpun di bul an Ramadan, kanak-kanak terbabit yang dipercayai dari sebuah sekolah agama di utara tanahair masih kelihatan menagih simpati mengutip derma menerusi penjualan pelbagai barangan di tempat tumpuan ramai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kegiatan itu tetap berlaku di bulan Ramadan apabila kanak-kanak terbabit dikesan berlegar di hadapan pintu masuk bank, di stesen pam minyak, kedai makan dan pasar raya.

Ketika ditemui, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Adawiyah, 11, berkata, dia sudah melakukan kerja berkenaan sejak hampir tiga tahun lalu.

Kanak-kanak yang mengaku datang dari utara tanahair itu mendakwa mereka datang ke daerah ini bukan meminta sedekah, sebaliknya mengutip derma bagi mengisi tabung sekolah agamanya.

“Saya lakukan atas dasar sukarela dan bukannya atas paksaan seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Malah, katanya, guru yang mengarahkan dia menjual video cakera padat (VCD) dan minyak pintar itu turut mengajar bagaimana cara untuk melariskan jualan.

“Setiap seorang daripada kami mampu mengutip sekitar RM300 ke RM500 sehari bergantung pada tempat dan keadaan. Jumlah kutipan disasarkan di sembilan sektor dalam setiap daerah.

“Setiap sektor ditempatkan seorang remaja perempuan atau lelaki yang akan di pantau seorang ustaz yang sentiasa memerhatikan gerak geri kami dari dalam kereta agar aktiviti yang kami jalankan berjalan lancar seperti dirancang.

“Hasil jualan barangan diserahkan sepenuhnya kepada ustaz yang menjaga kami. Selepas dikumpulkan, barulah ustaz menyerahkan hasil kutipan kepada pengetua markas dan ia disimpan sebagai dana markas tempat kami semua menumpang teduh,” katanya yang memberitahu dibayar RM10 ke RM15 sehari untuk kerja berkenaan.

Adawiyah berkata, mereka juga akan diberikan taklimat sebelum bergerak ke lokasi sasaran menggunakan van atau kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Kami hanya diminta memilih pelanggan berduit dan yang mudah dipengaruhi saja.

“Kalau setakat maki hamun, kena halau, kena ludah rasanya dah jadi perkara biasa. Tapi, ada juga ramai yang kasihan hulur duit dan nasihatkan kami agar jaga diri elok-elok.” katanya yang sempat berbuka puasa dengan sekotak air soya serta sebungkus roti.-sinar harian
Read More ...


Seorang warga di Desa Nguntoronadi, Kecamatan Nguntoronadi, Kabupaten Magetan, Jatim, Sunarto (40), mampu menciptakan tenaga listrik dari bahan dasar larutan air belimbing wuluh.

“Pengembangan tenaga listrik dari larutan belimbing wuluh ini berawal dari rasa prihatin akan tarif dasar listrik yang terus naik.
Apalagi, masih banyak warga Indonesia di daerah pedalaman yang belum tersentuh listrik,” ujar pencipta energi listrik dari belimbing wuluh, Sunarto, Selasa.
Belimbing wuluh yang tumbuh subur di pekarangan rumahnya, ia sulap menjadi zat pengurai yang mampu menghasilkan tenaga listrik alternatif, di tengah keluhan warga akan kenaikan tarif dasar listrik (TDL) sejak awal Juli lalu. Ia menjelaskan, untuk menciptakan energi listrik tersebut, awalnya belimbing yang biasa digunakan sebagai sayuran ini dihaluskan untuk diambil airnya. selanjutnya, dengan menggunakan media tanah yang ditaruh dalam gelas bekas air mineral ini, air belimbing ini disuntikan secukupnya.

Selanjutnya, masing masing gelas berisi tanah bercampur sari air belimbing ini dihubungkan dengan rangkaian kawat lempengan tembaga dan seng, guna mengalirkan arus listrik. Hasilnya, energi listrikpun tercipta dengan tegangan yang lumayan, yakni hingga mencapai 5 Volt, cukup untuk menghidupkan lampu penerangan. Tegangan yang dihasilkan ini juga lebih besar dari tegangan satu buah batu baterai.
Menurutnya, energi listrik ini tercipta karena belimbing wuluh yang memiliki tingkat keasaman tinggi hingga dapat menghantarkan ion dan elektron yang ada pada lempengan tembaga dan seng. Sehingga terciptalah arus listrik. Rata-rata, 10 butir belimbing wuluh ini mampu menciptakan tegangan listrik hingga mencapai 2,5 volt atau setara dengan satu buah batu baterai kering. Bahkan menurut pengalamannya, energi listrik dari belimbing sayur ini dapat bertahan lama hingga mencapai satu bulan.
Sunarto yang juga guru elektronik di salah satu SMA di Bendo Magetan ini, berharap, nantinya temuannya ini dapat terus dikembangkan untuk berbagai kebutuhan rumah tangga. Di antaranya untuk menghidupkan radio, jam dinding, hingga lampu penerangan bagi daerah pedesaan yang belum tersentuh listrik.

Hingga kini, Sunarto masih terus mengembangkan hasil temuannya. Ia ingin nantinya setelah berkembang, energi listrik alternatif temuannya ini dapat dikemas dalam bentuk produk energi yang praktis layaknya baterai. Sehingga, temuannya itu dapat dikembangkan sebagai salah satu energi alternatif ditengah tarif listrik yang dampaknya kian terasa berat bagi rakyat kecil
Read More ...


PERCAYA atau tidak, kira-kira 90 peratus masyarakat di negara ini langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas. Tetapi mereka ini adalah antara pengunjung setia kedai-kedai barang kemas.

Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini, selain pusat membeli-belah kedai yang menjual barang kemas juga turut sesak. Setiap orang mahu tampil dengan sebentuk cincin, seutas rantai mahupun sepasang subang baru menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul kadir berkata, disebabkan sebahagian besar pengguna tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas sebelum membeli atau menjualnya maka mereka mudah ditipu.

Mereka mudah diperdaya oleh tauke-tauke kedai emas yang tidak berprinsip dan mengejar keuntungan semata-mata. Bagaimanapun, jika mereka memilih rangkaian kedai emas milik Habib Jewels untuk menjual aset itu, jaminan pulangan terbaik diberikan kerana emas milik mereka akan dinilai mengikut kadar sebenar.

Jelas Abdul Razak, selain digunakan sebagai perhiasan diri, emas juga boleh dijadikan aset pelaburan yang menguntungkan.

"Melalui cash for gold di semua rangkaian Habib Jewels dan Cantik Jewellery, mereka boleh mendapat harga jualan emas pada harga 90 peratus daripada nilai pasaran atau RM20 (satu gram) lebih tinggi berbanding kedai lain.

"Kami berusaha membantu pelanggan-pelanggan khususnya orang Melayu dengan menyediakan alternatif jika mereka memerlukan wang.

"Pajak gadai yang sebelum ini merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah kewangan mengambil emas dengan kadar murah dan mengenakan sejumlah bayaran tertentu bagi mendapatkannya semula dan ia dikira satu penipuan dan penindasan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Harga emas pernah naik sehingga 210 peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dan sejak awal tahun ini ia mencatatkan kenaikan 25 peratus dan kemungkinan akan terus meningkat memandangkan harga dolar Amerika Syarikat kini jatuh merudum.

Bagi tujuan itu, Habib Jewels memperkenalkan kepingan emas atau gold bar 999 yang dibentuk mengikut berat tertentu sebagai aset pelaburan.

Katanya, kepingan emas itu boleh dijual pada bila-bila masa dan di mana sahaja di seluruh dunia kerana jenis kepingan emas yang dijual itu mempunyai nilai pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, kepingan emas itu boleh didapati di dua buah kios syarikat itu yang baru diwujudkan dua bulan lalu di Pejabat Pos Besar Menara Dayabumi, Kuala Lumpur dan cawangan Pos Malaysia di Gombak, Selangor.

"Kami berhasrat mewujudkan kios di semua pejabat pos seluruh negara sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan," katanya.

Tambah Abdul Razak, kepingan emas itu juga boleh disimpan di rangkaian pajak gadai Islam, Habib Arrahnu sekiranya mereka takut kehilangan aset tersebut jika disimpan sendiri.

"Aset mereka bukan sahaja dilindungi dan dijamin selamat serta diberi insurans, malah layak mendapat pinjaman 75 peratus daripada nilai aset yang disimpan," katanya.-utusan malaysia

Read More ...


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerajaan digesa segera melaksanakan cadangan untuk memperketatkan penjualan asid kepada orang awam bagi mengekang kejadian simbahan asid yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh memberitahu, langkah itu wajar dilakukan segera dan sekiranya tidak, lebih ramai khususnya wanita dan kanak-kanak akan menjadi mangsa.

Beliau turut mencadangkan agar hukuman ke atas jenayah simbah asid ditambah bagi menakutkan pelaku.

“Sebagai contoh, satu kes simbah asid di Bangsar baru-baru ini, pesalah dihukum mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa kepada tiga tahun penjara atau denda RM1,000 sahaja.

“Jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan kesan kekal pada anggota badan mangsa yang melecur, hukuman itu terlalu ringan,” katanya ketika ditemui semasa melawat seorang mangsa simbahan asid di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, ketika berada di dalam keretanya, di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Rafie berkata, semasa insiden dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.

“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.

“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.

Mohd. Khairun memberitahu, sebuah jawatankuasa tabung amanah telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan Rafie.

“Seperti dua kes yang sama, kos perubatan mangsa simbah asid agak tinggi dan mengambil masa yang panjang,” katanya.

Sementara itu, bapa Rafie, Abdul Latiff Kassim, 61, meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak ketiganya yang masih bujang itu.

“Saya mencadangkan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi tumpuan yang diharap dapat membantu mengesan suspek dengan lebih mudah,” jelasnya.

Pada 14 Mei lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan peraturan penjualan asid diperketatkan agar ia tidak sewenang-wenangnya dibeli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.-utusan malaysia.

Read More ...




Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max,
  • Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.
Read More ...






GEMAS – Penduduk di Kampung Tiong, dekat sini, gempar seketika apabila menemui seekor ular yang disangka pada mulanya ular sawa batik semasa kerja pembesaran longkang di kampung berkenaan.

Ketua Skuad Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Unit Gemas, Rushydi Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira jam 2 petang Ahad lalu dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, ular berkenaan sudah pun diletakkan penduduk di atas jalan dan kelihatan tidak agresif susulan dipercayai kenyang berikutan keadaan perutnya yang membesar.

“Bila saya perhatikan ular ini, saya terperanjat kerana ia bukanlah seperti ular sawa berikutan kepalanya seperti biawak dan kulitnya agak kasar serta mengerutu berbanding ular biasa.

“Oleh itu, saya telah menghubungi Raja Ular Zainuddin dan dia menyatakan ular itu ialah ular belalai gajah yang jarang ditemui di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di JPAM Unit Gemas, kelmarin.

Untuk rekod, ular belalai gajah atau nama saintifiknya Acrochordus Javanicus hanya ditemui di Asia Selatan dan New Guinea di mana habitatnya adalah di sungai, parit dan muara sungai.

Ular ini sering melingkar dalam air sehingga menyamai bongkah kayu atau sisa pohon tumbang dan sekiranya ikan datang menghampirinya akan dimakan.

Rushydi berkata, buat masa ini, ular seberat 10 kilogram dan sepanjang satu meter itu akan diletakkan di JPAM sebelum menemui kata putus dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kejayaan kita menangkap ular ini merupakan pengalaman berharga buat JPAM Unit Gemas kerana sememangnya spesies ular ini sukar ditemui.

“Malah, walaupun kita sudah menangkap lebih 40 ular untuk tahun ini, ini adalah pengalaman paling manis untuk dikenang,” katanya.
Read More ...

gambar hiasan


Empat pelajar sebuah sekolah menengah di ibunegara cedera parah dalam satu pergaduhan di luar perkarangan sekolah mereka petang ini. Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai dari dua sekolah lain, di luar pintu sekolah pada kira-kira pukul 1.15 petang, semasa hendak pulang. Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan. Salah seorang pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata doa diserang semasa cuba meleraikan pergaduhan dan semasa cuba membantu seorang rakannya yang dipukul. "Mereka datang dan serang kami secara tiba-tiba. Saya cuba selamatkan rakan tapi dipukul di bahagian kepala," katanya. Sementara itu bapa kepada salah seorang dari pelajar yang tercedera, Datuk Mohd Abdullah Mohidin berkata anaknya Mohamed Syahiran Syaza, 17, mengalami pendarahan di belakang kepala dan mendapat tiga jahitan. "Saya amat terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka pelajar sekolah sanggup bertindak sedemikian," kata beliau yang turut ditemui di HKL. Syahiran pula berkata beliau dan rakan-rakanya tidak tahu motif sebenar kejadian dan menurutnya sebelum ini tidak pernah wujud sebarang pergaduhan atau perselisihan faham dengan pelajar terbabit. Difahamkan seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan polis sedang berusaha mengesan lain-lain pelajar yang terlibat. Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. - Bernama

Read More ...





Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu. Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi... “Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda. “Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya. Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz. Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu. Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan. “Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut. Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu. Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. -malaysiakini.
Read More ...


Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim.Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning ~LB~.

Sumber : http://www.facebook.com/MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact
Read More ...


KUANTAN - Banyak tempat menarik yang boleh dijadikan lokasi beriadah dan berekreasi di sekitar daerah ini.

Antara tempat menarik di bandar ini ialah Taman Esplanade yang terletak di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Kerajaan negeri menerusi MPK sentiasa melaksanakan penambahbaikan di taman itu supaya ia terus menjadi tumpuan warga bandar ini untuk beriadah.

Ia termasuklah dengan mewujudkan uptown bagi membolehkan pengunjung membeli-belah di sepanjang Sungai Kuantan selain memberi peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan.

Apa yang lebih menarik, MPK kini berusaha menaik taraf perkhidmatan Kuantan River Cruise bagi membolehkan pengunjung menyusuri dan menikmati keindahan Sungai Kuantan.

Bagi menjayakan hasrat itu, MPK menyerahkan kepada syarikat Sentoria Themeparks and Resort Sdn. Bhd. (Sentoria Themeparks and Resort) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memastikan operasinya ‘tidak lesu’ dan terus mendapat sambutan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Menurut Pegawai Operasi Sentoria Themeparks and Resorts, Suriyati Hashim (gambar), pihaknya kini giat menjalankan promosi selepas pengambilalihan perkhidmatan itu daripada MPK pada 15 Julai lalu bagi menaik taraf operasinya.

Beliau berkata, Kuantan River Cruise beroperasi setiap hari dan pengunjung yang mengunjungi Taman Esplanade di sini boleh menaiki bot untuk menikmati keindahan pesisiran Sungai Kuantan.

“Pengunjung dapat menikmati panorama bandar Kuantan, melihat perkampungan tradisional nelayan dan mengetahui sedikit-sebanyak sejarah Sungai Kuantan melalui pemandu pelancong kami,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Suriyati memberitahu, bagi perjalanan tersebut, penumpang akan mula menaiki bot dari Jeti Shahbandar yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat MPK dan terus dibawa ke muara Sungai Kuantan sebelum berpatah balik.

Katanya, di kiri dan kanan sungai, penumpang disajikan dengan pemandangan menarik perkampungan nelayan selain bot-bot perikanan yang berlabuh di sepanjang sungai berkenaan.

Selain itu, jelasnya, penumpang akan dibawa mengelilingi Taman Bakau bagi melihat keunikan hutan paya bakau yang masih terpelihara tanpa perlu memijak permukaan berlumpur kerana terdapat laluan jalan kaki kayu disediakan di kawasan itu.

“Di situ, pengunjung akan singgah sebentar selama 10 minit untuk menikmati keindahan flora dan faunanya selain merakamkan kenangan manis,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya merancang menambah beberapa lagi aktiviti untuk dipenuhi di sepanjang perjalanan menaiki ‘Kuantan River Cruise’ tersebut seperti melihat kunang-kunang di Sungai Belat dan Sungai Soi.

“Mungkin selepas ini pengunjung dapat turun seketika semasa singgah di Hutan Simpan Paya Bakau bagi menikmati keindahan hutannya yang semula jadi,” ujarnya.

Suriyati memberitahu, kadar tambang yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu hanya RM18 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bagi satu pusingan yang mengambil masa kira-kira 40 hingga 45 minit.

Tidak cukup dengan itu, tambahnya, pihaknya turut menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus untuk enam tiket masuk ke Taman Tema Air Bukit Gambang bagi setiap tiket Kuantan River Cruise.

Kuantan River Cruise beroperasi pada setiap Isnin, Selasa dan Khamis bermula pukul 2.30 petang, 4 petang, 6.30 petang dan berakhir pukul 8 malam.

Pada hari Jumaat pula, perkhidmatannya bermula pukul 11.30 pagi, 2.30 petang, 4 petang dan 6.30 petang manakala untuk sesi malam pula bermula pada pukul 8 dan 9 malam.

Perkhidmatan Kuantan River Cruise ditutup pada setiap hari Rabu kecuali cuti sekolah dan cuti umum.-utusan malaysia

Read More ...





Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru. Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka. "Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya. azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh. "Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya. Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu. Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.
- Bernama
Read More ...




BATAK RABIT - Gigitan haiwan kecil pada tahun lalu menyebabkan seorang lelaki hilang sebelah kaki dan kini hanya mampu mengharap ada sinar baru menanti dengan pemberian kaki palsu.

Abu Bakar Zakaria, 50, berkata, sebelum ini, dia adalah insan biasa namun satu kejadian hitam yang berlaku pada tahun lalu dipercayai digigit tikus ketika sedang tidur meranapkan segalanya.

Menurutnya, dia hanya sedar akan kakinya digigit tikus pada keesokan harinya apabila terlihat luka pada ibu jarinya selain merasai sedikit pedih.

“Keengganan saya untuk ke hospital mendapatkan rawatan mengundang padah apabila selepas beberapa hari kemudian daging pada kaki ini mulai membengkak seterusnya membusuk.

“Melihat keadaan kaki yang semakin parah, saya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun, doktor memberitahu kaki saya terpaksa dipotong untuk memastikan luka itu tidak merebak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Taman Karetina, di sini.

Abu Bakar berkata, dia tidak menyangka gigitan seekor haiwan kecil itu menyebabkannya kehilangan sebelah kaki sehingga menyukarkan pergerakan.

“Kini urusan harian saya terpaksa dibantu oleh isteri dan anak-anak.

:“Saya mengharap bulan Syawal ini akan ada sinar baru kepada kami sekeluarga dengan pemberian kaki palsu oleh pihak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja sebagai pemandu namun terpaksa berhenti bekerja selepas diserang angin ahmar pada 2007.

“Kini pendapatan keluarga hanya bergantung kepada duit pencen yang diterima setiap bulan.

“Duit pencen ini tidak cukup memandangkan masih ada anak yang bersekolah selain memerlukan perbelanjaan besar,” katanya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat menghulurkan bantuan kewangan selain kaki palsu untuk memudahkan pergerakan.

Hadir sama melawat, Pengerusi Gerakan Belia 4B, Saiful Adli Arshad.

Sementara itu, Ketua Kampung Batak Rabit, Mohd Ramli Mohd Nin berkata, pihaknya telah mengemukakan surat permohonan bantuan kepada pihak berkenaan.

“Baru-baru ini, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hilir Perak telah turun padang bagi melihat sendiri keadaan Abu Bakar .

“Sehingga kini, pihaknya tidak mendapat apa-apa respons daripada pihak PKMD dan mengharapkan ada jawapan dapat diberikan oleh mereka dalam tempoh terdekat,” katanya-sumber sinar harian.
Read More ...


SINGAPURA, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Singapura bercadang untuk membangunkan semula perkampungan Melayu di Geylang sebagai pusat sivik baru dan plaza, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Katanya rancangan pembangunan semula itu akan dilakukan selepas tempoh pajakan perkampungan Melayu itu berakhir bulan depan.

"Pusat sivik itu dinamakan sebagai Wisma Geylang Serai. Ia akan menempatkan Pusat Sivik Geylang Serai dan sebuah galeri warisan bagi mengingatkan kita Geylang Serai yang lama," katanya semasa berucap pada perhimpunan Hari Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) di sini.

Lee berkata masyarakat Melayu mempunyai sentimen kuat terhadap Geylang yang membawa kenangan manis kepada generasi lama yang tinggal dan membesar di kawasan itu.

Katanya kawasan persekitaran di situ akan dibangunkan dengan seni bina Melayu khususnya Geyland Road dengan mengekalkan sentuhan dan keunikan masyarakat itu.

Katanya Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pembangunan Negara, Dr Mohamad Maliki Osman akan menyelia keseluruhan projek pembangunan semula perkampungan Melayu itu.


-- BERNAMA

Read More ...




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya, lapor Bernama. Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara. Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh. "Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di Kota Bharu hari ini. Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu. Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu. Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.
- Bernama
Read More ...




ALOR SETAR, 14 Ogos (Bernama) -- Kebiasaanya kuih muih dijual pada harga RM1 untuk 3 biji manakala murtabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.

Berbeza dengan bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darulaman, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuih muih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.

Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.

"Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja," katanya kepada Bernama.

Nurhayati berkata walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.

"Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual," kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu.

Katanya dia hanya berniaga di bazar Ramadan sahaja dan sesiapa yang mahu merasai kelazatan kuih yang dijualnya perlu menunggu setahun sekali dan dia hanya berniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman.

Sementara itu, peniaga murtabak, Abdullah Salleh, 49, atau lebih dikenali sebagai 'Bang Lah Murtabak' yang berniaga murtabak ayam dan daging pada harga RM1 sekeping berkata dia berbuat demikian kerana berniat untuk bersedekah sambil berniaga.

"Sejak sembilan tahun lalu, harga murtabak saya tidak pernah berubah dan saya akan cuba kekalkan harga ini selagi saya mampu.

"Saya mempunyai pekerjaan tetap, jadi keuntungan bukanlah sesuatu yang dicari tetapi kepuasan dalam menderma kepada orang ramai lebih penting," katanya yang juga hanya berniaga pada bulan Ramadan sahaja.

Katanya, sebab itulah setiap kali tiba bulan puasa, dia akan cuba mencari masa untuk berniaga murtabak dengan harga RM1 sekeping.

-- BERNAMA
Read More ...




KUALA LUMPUR::Awas..kegiatan menyimbah asid pada kaum wanita makin menjadi-jadi kini. Malah ramai mangsa yang yang mengalaminya kini menjadi trauma untuk keluar rumah.
Kejadian berlaku di beberapa tempat seperti di Sentul, Titiwangsa serta Brickfield ini amat menakutkan kaum wanita keseluruhannya terutama yang suka berjalan keseorangan dan tanpa berteman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini.


CARA ELAK BAHAYA ASID

KUALA LUMPUR: Orang ramai kaum wanita diminta lebih berwaspada ekoran berpuluh-puluh kejadian disimbah asid oleh lelaki yang tidak dikenali akhir-akhir ini.

Beberapa pihak yang dihubungi wartawan Media Terkini mengesyorkan berbagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan terkena simbahan asid tersebut. Paling penting , menurut mereka,kaum wanita dinasihatkan tidak bergerak sendirian yang kemungkinan boleh menyebabkan menjadi mangsa lelaki tidak bertanggungjawab ini.

Seorang guru pesilat yang enggan disiarkan nama mengesyorkan agar kalangan wanita 'mencari' pendinding' diri dari terus menjadi mangsa seumpama ini.

"Pak Ngah nasihatkan kaum wanita kalau boleh cuba dapatkan satu kayu yang dipanggil Teras Kelor atau lebih dikenali dengan nama Kayu Gemunggal. Mengikut amalan orang dulu-dulu terutama guru silat, Kayu Gemunggal ini bersifat semulajadi. Tak perlu jampi serapah atau menyimpan khadam. Walau siapa pun yang memakainya boleh mengelakkan diri dari terkena benda-benda bahaya seperti serangan ular berbisa serta asid,"tegasnya.

Menurut Pak Ngah lagi, Kayu Gemunggal ini sememangnya sudah digunakan sejak turun temurun lagi. Malah kehebatannya boleh diuji serta merta menggunakan asid merbahaya seperti cuka getah.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Bomoh Bumiputera Malaysia (Putrabumi) Encik Mohamad Azhar turut mengakui bahawa Kayu Gemunggal elok disimpan atau dipakai oleh setiap suri rumah.

"Kayu Gemunggal ini bukanlah satu benda yang kita kena jampi setiap hari atau perlu bersintuk limau, cuma pakai sahaja dalam bentuk cincin. InsyaAllah..ianya dapat melindungi diri dari bahaya simpahan asid," ujar Mohamad Azhar.

Menurut Mohamad Azhar lagi,Kayu Gemunggal ini selain bagus untuk mengelakkan simbahan asid serta patukan ular berbisa, ia juga sangat bagus untuk diletakkan di dalam rumah bagi mengelakkan kecurian, ilmu sihir dan sebagainya lagi. Jadi, sangat elok ianya dimiliki oleh setiap orang, jelas mohamad Azhar yang juga memiliki Kayu Gemunggal tersebut yang dipakainya sejak dahulu lagi.
"Paling penting niat kena betul. Jangan percaya berlebihan nanti boleh jadi syirik. Semuanya adalah kuasa Allah. Kita cuma ikhtiar sahaja," terang Mohamad Azhar lagi.

Sementara itu ramai yang tertanya-tanya di manakah boleh didapati Kayu Gemunggal ini. Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi Encik rosdi di talian 019-2244707.
Read More ...


KUALA LUMPUR: Kebanyakan produk kopi campuran tongkat ali di pasaran didapati hanya mengandungi terlalu sedikit ekstrak herba itu dan langsung tidak memberi faedah kesihatan atau khasiat tambahan seperti yang didakwa pengeluarnya.

Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terhadap 10 jenama kopi tongkat ali popular di pasaran mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu dan tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan.

Pengarah Program Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, berkata kandungan bahan aktif tongkat ali dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.

Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat tongkat ali perlu sekurang-kurangnya mengambil satu miligram (mg) bahan aktif tongkat ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3mg bagi setiap kg berat badan, sehari.

Contohnya, jika seseorang yang mempunyai berat badan 80kg, dia memerlukan minimum 80mg ekstrak tongkat ali sehari jika mahumemperoleh faedah daripada herba itu.

"Satu mg bersamaan dengan sejuta ng dan ini jelas menunjukkan kandungan ekstrak tongkat ali dalam kopi campuran yang diuji tidak sampai satu mg dan jauh lebih rendah daripada kadar minimum yang
diperlukan.

"Justeru, penggunaan tongkat ali dalam minuman kopi campuran berkenaan sebenarnya tidak banyak membantu memberi manfaat daripada segi kesihatan, malah mungkin sia-sia saja," kata Rasadah dalam satu temu bual dengan Berita Harian, di sini.

Rasadah berkata, tiga lagi jenama kopi campuran tongkat ali yang diuji FRIM gagal mengesan sebarang kandungan ekstrak bahan itu, mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil atau memang tiada langsung bahan berkenaan.

Oleh: azrul affandy sobry (petikan dari akhbar Berita Harian)
Read More ...



Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari. Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan ‘makhluk lain’ melepak.
Read More ...


Kuala Lumpur: Tanggal rasmi 15hb Ogos 2011 menjadi sejarah bagi Azom Global Networks apabila blog berita secara online dilancarkan secara rasmi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azhar Omar , blog berita ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada peminat setia akhbar Media Terkini dari seluruh dunia terutama di Singapura, Brunei dan Indonesia dapat mengikuti berita-berita yang disiarkan menerusi akhbar tabloid secara maya.

"Kami menerima begitu banyak permintaan dari kalangan pembaca setia akhbar kami agar diwujudkan satu laman web agar berita serta artikel yang disiarkan menerusi akhbar kami dapat diikuti menerusi internet," ujarnya.

Buat permulaan, kata Azhar, pihak syarikat menugaskan lima orang pemberitanya untuk mencari bahan berita seiring berita di akhbar Media Terkini.

"Buat permulaan, kami cuma melantik lima orang pemberita . Kesemua berita nanti akan turut dipetik dari akhbar-akhbar dan sumber berita yang lain seperti Bernama, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan banyak lagi. Malah berita yang sesuai juga akan dipetik dari blog-blog yang berkaitan," terang Azhar lagi.

Beliau seterusnya mengharapkan agar kalangan penjenguk internet dapat memberi sokongan terhadap blog berita terbaru ini agar dapat menjadi salah satu lagi sumber berita yang popular.
Read More ...

dalam proses
Read More ...